2009-02-26

Tol naik! Gila ke apa..

tengkorak hidup
"Expressway kat Lembah Klang"

Kerajaan akan menaikan harga Tol bagi 5 lebuhraya, gila ke apa, sampai 5? kenaikan pula dikatakan akan bermula pada 1 March 2009 (Ahad ni la)...

5 lebuhraya tersebut ialah:
  • PLUS Expressway( 0.68sen sekilometer)
  • SPRINT Highway(30-50sen)
  • AKLEH (Ampang KL Elevated Highway) (50sen)
  • Sungai Besi Highway (10sen)
  • New Pantai Expressway (NPE) (40sen)
Lebuhraya Utara-Selatan dikhabarkan akan mengalami kenaikan sebanyak 5% manakala 4 lagi lebuhraya tersebut akan mengalami kenaikan lebih kurang 50 sen.

Gua tak merasa kesan kenaikan Tol tersebut secara langsung, sebab:
  • Gua naik moto bila pegi keje, tapi gua kesian kat orang guna keta!
  • Gua tak lalu pun jalan tu pegi keje, tapi gua kesian orang guna jalan tu!
  • Gua lalu Plus kalau gua nak balik Perlis (Kg bini gua), gua kesian orang guna Plus hari2!
  • Yang lain gua tak guna pon, tapi gua kesian kat orang yg terpaksa guna jalan tu!
Gua pasti merasa kesan secara tidak langsung, sebab:
  • Tambang bas kompom naik
  • Tambang teksi kompom naik
  • Harga barang2 lain sebab kos pengangkutan naik!
  • Dan banyak lagi kenaikan yang akan menjadi isu di belakang hari!
Secara keseluruhannya, kerajaan telah membuat kerja gila apabila menaikan kadar Tol, walau kat mana2 pun! rasanya Syarikat konsesi yg bertanggungjawab dah untung banyak apa! Jangan bebankan rakyat, nanti korang juga dapat susah, kalau tak caya cuba buat Pilihanraya Umum esok, gua gerenti Kerajaan sekarang tinggal kenangan je~

p/s: TOL naik banyak kali, highway tetap sesak macam sardin duduk dalam TIN jugak!

2009-02-25

10+1 Working Tips For 2009

Gua dapat email dari kawan gua, just want to share "10 Working Tips For 2009" yang ke-11 tu aku tambah~ harharharharun!

1. DO NOT GET INTO TROUBLE


2. AIM FOR GREATER HEIGHTS


3. STAY FOCUSED ON YOUR JOB


4. EXERCISE TO MAINTAIN GOOD HEALTH


5. PRACTICE TEAM WORK


6. RELY ON YOUR TRUSTED PARTNER TO WATCH YOUR BACK


7. SAVE FOR RAINY DAYS


8. REST AND RELAX


9. ALWAYS SMILE WHEN YOUR BOSS IS AROUND


10. NOTHING IS IMPOSSIBLE


11. DON'T BE SO SERIOUS

Disclaimer: Tips berikut hanya lah tips semata-mata, peratus keberkesanan tips adalah tidak dikaji terlebih dahulu. Terima kasih.

2009-02-24

Kalau geram!


Photobucket

PERNAH RASA MACAM NAK BUAT MACAM NI TAK KAT ORANG??

JANGAN!! TAK BAIK WOOO~

2009-02-22

Aduh, gua kecewa!

"Dah kumpul Rm2.2 juta dalam masa seminggu"

"gua menjerit kecewa"

Huh, sabtu lepas gua dan wife gua cuba nak tengok movie Geng, ala, yang ada Upin dan Ipin tu, tapi tak kesampaian sebab tiket sold out. Sabtu minggu ni pun tiket sold out dari pagi sampai malam, tak kesampaian lagi sekali!

Ramai jugak orang yang datang tak dapat tiket, siap bawak satu family tapi takde tiket, kesian. Gua yang dah besar panjang ni pun frust sebab tak dapat tengok movie tu, apatah lagi budak2 kecik, masing-masing buat mulut muncung la...

Nampaknya kena tunggu Dvd keluar la kalau camtu, next week ada game futsal, tak boleh lagi la nak tengok Geng! ceh frust, frust, frust!

2009-02-20

Politikus Opis

"keburukan vs kebaikan"

Al-kisah kalau namanya pun tempat kerja, seribu satu ragam dan perangai manusia boleh kita jumpa. Tak kisah lah kerja kat mana-mana pun, sama saja. Si polan yang bersungguh buat kerja dan si polan yang "kunun-kunun" buat kerja...gua bukan marah pun~

Itu belum lagi masuk si pengampu bin kaki bodek bos, lagi teruk, kerja tak tahu nak buat, tapi depan bos claim dia yang jaga satu company! kalau tanya haram tak tahu buat apa-apa...gua bukan marah pun~

Kat opis gua, ada jugak benda macam nie, macam yg gua cakap, kat mana-mana opis mesti ada insan sebegini, tapi gua malas nak ambik port, yang penting gua buat kerja gua, korang nak pusing sana sini korang punya hal..gua bukan marah pun~

Gua bukan marah, cuma kurang faham, yeay!

P/s1: *Keburukan dalam diri gua mendesak supaya gua cari gambar "bugel" Elizabeth Wong! tapi setelah mencari tidak kutemu dong~

P/s2:*Apasal Anwar tak terima resignation dia?! Ini lah namanya politikus~

P/s3:*Gua buat blog semasa gua free (takde keje nak buat) bukan sebab gua mengular~

2009-02-18

Orang kata, bukan gua kata!

Photobucket

Orang kata cinta itu buta, tapi itu orang yang kata, bukan gua yang kata. Orang kata demi cinta lautan api sanggup direnangi, tapi itu orang kata bukan gua yang kata. Orang kata "u jump, i jump demi sayang!", itu orang kata, bukan gua yang kata. Gua rasa takde orang sanggup berenang lautan api, takde orang sanggup terjun, agak2 agak la..

Orang kata bercinta selepas kahwin lagi mengasyikan dari bercinta sebelum kahwin, itu orang kata, bukan gua kata. Zaman dulu2 kadang2 si suami tak kenal pun si isteri tapi cinta pada yg satu sampai mati, orang kata la, bukan gua kata. Orang zaman sekarang cinta separuh mati sebelum kahwin, masuk 2 bulan 3 bulan kahwin dah tak sanggup duduk sebumbung, itu orang kata, bukan gua yg kata.

Orang kata selalu ungkapkan kata2 cinta itu mampu membuat si dia semakin sayang, tapi itu orang kata bukan gua kata. Gua rasa kalau hari-hari cakap I LAP U pun boleh rasa muak juga, kalau benda dah hari2, special lagi ke? asyik I LAP U, U LAP ME, jumpa I LAP U, tak jumpa I LAP U, sebelum makan I LAP U, lepas makan I LAP U, sebelum mandi I LAP U, lepas mandi I LAP U, sebelum tido I LAP U, bangun tido air liur basi masih melekat kat pipi I LAP U lagi, tak kira lagi sebelum dan selepas breakfast I LAP U, lunch I LAP U, minum petang I LAP U,.. gua pun naik muak nak tulis I LAP U, bila putus cinta, frust menongeng... agak-agak la..

Gua bukan lelaki romantika, jauh sekali jiwang karat, ini bukan orang kata, ini gua yang kata la. Tapi sekarang gua try jugak utk menjadi romantika lepas kahwin... eeeii gelinya~

p/s: jodoh pertemuan urusan Allah SWT

2009-02-17

nampak tak tote?


"Yeay, it's a tote"

Semalam gua temankan wife gua ke PUSRAWI untuk buat monthly check up. Oleh kerana sekarang kandungan wife gua dah masuk 4 bulan, maka banyak lah yang nak kena check, timbang berat pastu check darah, scan baby dan macam2 lagi~

Biasanya time scanning, gua la yang paling excited, seronok bila tengok baby tu bergerak2, dan tahu baby tu sihat dan ok. Setiap kali scan, doktor mesti tanya wife gua,"Husband tak nak tengok?", gua pulak bila doktor dah cakap macam tu, memang tak tunggu doktor tanya kali kedua, time tu gak gua terpacak depan screen mesin scan tu sambil tersengih sebab tak sabar nak tengok~

Apa yang best masa scanning doktor tu tunjuk kat screen sambil cakap "can you see the baby, ha..nampak tak tote dia?" gua time tu pelik gak apa tu tote? bila doktor tu tunjuk "tote" yang di maksudkan kat screen tu, baru gua faham..owh "tote"...hahahahahaha~

Oleh kerana terlalu seronok, semalam gua cuba berborak2 dengan baby dlm perut wife gua semasa wife gua tengah tidor! wakakakakaka!

p/s: Thanks pada rakan gua yang pernah aminkan keinginan gua, yeay! ada member main bola!

2009-02-15

Gua terkena Tag siri III

Photobucket
"wuarrgghhhh..terkejut tak?"

Five-ish taggies dari Wahida! Apasal la sikit sangat, mintak 5 je ke? mintak la 20! hahaha~
1..2..3.. mula:

5 Characteristics of your dream guy/girl


*mesti la pompuan sebab aku bukan gay!
*Mak aku mesti berkenan
*Ayah aku mesti berkenan
*Nenek aku mesti berkenan
*Familly aku mesti berkenan

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl

*kalau semua orang yg diatas tak berkenan~


5 feelings that you have when you're out with the one you admire

*mesti kena seronok la, kalau tak seronok buat apa keluar ngan dia!
*best
*suka
*gembira
*ngantok sebab tak dapat merokok

5 places that you want to travel with your loved one

*mana-mana je

5 special things that you would give to your loved one

*gua! cukup lah tu~

5 songs that you will sing to your partner

suara gua tak best, takut hujan lebat selama sebulan kalau gua nyanyi dan yang mendengar akan pekak selama setahun~

5 friends that you want to tag

Upin, Ipin, Shin Chan, Nobita dan Naruto! cukup lima~

2009-02-14

Gua vs Encik Doktor

"gua kena gastric"

Semalam memang menyeksakan, gua kena pegi klinik sebab gastric gua datang secara tiba-tiba setelah sekian lama menyepi! Gastric semalam memang teruk sampai gua berpeluh sebab sakit tahap tergolek-golek kat lantai!

Bertapa teruknya gastric yang gua rasa semalam menyebabkan gua terpaksa pergi ke klinik 2 kali. Kali pertama pada pukul 3 pagi dan kali kedua pada pukul 5 pagi, semuanya gara-gara ubat yang encik doktor bagi tidak berkesan.

Nasib baik gua tak perlu pergi ke klinik untuk kali ketiga, kalau tidak, gua yang akan bagi "ubat" pada encik doktor! sebab gua dah habis Rm 100 untuk ubat yang tak tau berkesan ke tidak~

2009-02-12

Politik penderhaka

Kerana kepentingan diri dan kerakusan kuasa, orang-orang politikus sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk kekal berkuasa termasuk melupakan rukun negara yang kedua "kesetiaan kepada Raja dan negara".

Terlalu banyak peristiwa "penderhakaan" dari politikus-politikus di Malaysia, terbaru Nizar Jamaluddin (PAS), bekas Menteri Besar Perak dikatakan menderhaka apabila enggan meletak jawatan setelah dititahkan oleh Sultan Perak untuk meletak jawatan setelah pergolakan paling aneh berlaku di Perak baru-baru ini. Maka bertubi-tubilah kutukan dituju pada Nizar.

*Nizar dan Sultan Azlan*

Karpal Singh (DAP) dengan perlakuan bodoh beraninya ingin menyaman Sultan Perak kerana tidak mengikut perlembagaan Perak dengan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Siapa tidak kenal Karpal Singh? saman menyaman memang sudah jadi tabiatnya.

*Karpal Singh*

Tapi sejarah tidak menunjukan hanya PAS dan DAP "derhaka" pada Sultan, UMNO sendiri pernah beberapa kali terlibat dalam insiden yang sama. Pada tahun 1993, Anuar Musa (UMNO) dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra dalam satu tunjuk perasaan di Ketereh Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

*Anuar Musa*

Gua masih ingat lagi, penyokong Idris Jusoh membuat tunjuk perasaan kerana mahukan Idris Jusoh (UMNO) kekal sebagai Menteri Besar sedangkan Sultan Terengganu (Agong) mahukan Ahmad Said (UMNO) sebagai Menteri Besar baru. Turut sama menderhaka ialah 22 Adun BN yang ingin memboikot Majlis angkat sumpah MB baru, pelik betul, sesama UMNO pun tak sehaluan.


*siapa yang dorang panggil "natang"?*

UMNO juga memainkan peranan dalam "penambahbaikan" imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993. Maka hilanglah kekebalan raja-raja daripada tindakan saman. Maka senanglah Karpal mengambil kesempatan dan memungkinkan Standard Chartered Bank menyaman Almarhum Tengku Jaafar.

Jadi siapakah yang layak dipanggil penderhaka?

a) PAS
b) DAP
c) UMNO
d) Semua yang diatas

2009-02-10

Dari Big Portion ke Muara Tanjung Harapan

Pada Sabtu dan Ahad lalu masa lapang gua telah dipenuhi dengan aktiviti ronda-ronda carik makanan. Menyerang Big Portion pada tengahari Sabtu disebabkan wife gua telah "terpengaruh" dengan gambar Chicken chop dalam Tag Hazry, dan pada keesokan malamnya menyerang muara ikan bakar di Tanjung Harapan Klang~

*Click pictures for better view*

Big Plate

Perjalanan menyerang muara ikan bakar Tanjung Harapan

muara ikan bakar Tanjung Harapan

Mangsa di atas meja

masih gambar mangsa

Nampaknya gua berjaya menambah berat badan yang sedia ada~ hahahahaha.....

2009-02-09

Pakatan Rakyat tersungkur di Perak?

Mungkin sudah basi isu Politik Perak yg goyah dan runtuh bagai runtuhnya istana pasir dipukul ombak. Hampir seminggu kita dihidangkan dgn cerita Politik Perak yg bergolak, semuanya bermula bilamana aksi lompat melompat dijadikan permainan oleh mereka yang hilang prinsip politik mereka, sama ada dari BN lompat masuk Pakatan Rakyat dan sebaliknya. Semuanya melompat atas dasar prinsip perjuangan sudah tidak sehaluan.

Pergolakan di Perak semakin parah sehingga Sultan Perak turut diheret ke kancah politik, mungkin bukan perkara cerita baru pihak istana menjadi mangsa kerakusan politik. Berita2 memualkan seperti ini sudah biasa kedengaran. Sudah hilangkah rasa hormat pada Sultan? sudah lupakah adat bersultan? Melayu apa kalau tidak tahu adat bersultan? Kan melayu berpegang kepada "Raja adil raja disembah..."

Perak yg telah dikuasai Pakatan Rakyat yg telah dipilih melalui sistem demokrasi akhirnya tumbang dek gelagat adun sendiri (Behrang, Changkat Jering & Jelapang). Adun Bota yg sebelum ini keluar UMNO utk menyertai parti rakan sekelasnya Anwar sebelum itu kembali menyertai UMNO dalam masa beberapa hari dan mencipta rekod lompat parti paling pantas!

Apa yang menjadi kemuskyilan gua ialah dua adun dari PKR (Behrang & Chankat Jering) telah dituduh rasuah sebelum ini dan kes mereka masih dlm proses mahkamah, mereka sendiri telah mengaku perihal skandal rasuah seks mereka, yg membuat tuduhan pula ialah dari pihak UMNO sendiri, tapi kenapa UMNO menerima sokongan 2 perasuah ini utk merampas kembali Perak? apa UMNO mahu Adun rasuah menentukan nasib rakyat Perak?

Kenapa Najib begitu rakus dlm membuat tindakan, mahukah UMNO di cop sebagai parti penyokong rasuah? atau mahu UMNO dituduh mempengaruhi keputusan mahkamah jika 2 adun tersebut dilepaskan dari tuduhan? kenapa UMNO mahu menggali kubur sendiri?

Pakatan Rakyat pula semakin lama semakin goyah, kerana hala tuju politik yg berlainan, agak sukar bagi PAS, PKR dan DAP utk bertahan lama dalam Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sbg ketua pembangkang dilihat semakin hanyut, semakin hari semakin tipis keyakinan penyokong beliau gara2 janji beliau utk mengambil alih kuasa Parlimen. Apa yg berlaku di Perak bagai senjata makan tuan, taktik Anwar kini digunakan BN, maka meloponglah mulut Anwar, Si Karpal pula tidak semena2 menyalahkan Anwar punca Perak jatuh ketangan BN.

Memang tiada peruntukan undang2 utk menghalang penHIJRAHan parti selagi tiada unsur ancaman, paksaan, atau yg sama waktu dgnnya, tapi jgn menyusahkan para pengundi dan membazir masa pengundi! Kalau dah tau tiada prinsip dlm berpolitik, jangan berpolitik, menyusahkan orang je!

2009-02-05

Gua terkena Tag siri II

Another Tag, this time from Marliza, oleh kerna gua punyai masa lapang maka gua dengan senang hati menyelesaikan Tag tersebut, cayok zul!

*Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this*

I. Hari ini besday bini gua.

II. Gua kahwin dengan orang yg gua dah kenal hampir 9 tahun. Start dari zaman gua masuk matric kat Uitm shah Alam lagi.

III. Bakal menjadi seorang ayah, nak tak nak gua kena sedia. sekarang persediaan baru 45% kot. hahahahaha.

IV. Abah gua orang utara (penang) kahwin dengan mak gua orang sabah . Nampaknya situasi sama berlaku, cuma kali ni gua (sabah) kahwin orang utara (Perlis). Hidup bagai putaran roda!

V. Gua ngorat bini gua selama setahun rasanya! gila lama~*dgn reject-kan beberapa ratus kali*

VI. Gua tak pernah berniat untuk ambil Law sebagai course pilihan gua, lepas SPM gua nak apply seni lukis, tapi abah gua suruh gua letak seni lukis sebagai pilihan terakhir. Tapi kalau gua tak amik Law, gua tak jumpa bini gua. Takdir namanya tu~

VII. Gua suka baca komik, dan lukis kartun tapi gua rasa gua tak berbakat, tak tau kenapa~

VIII. Gua rasa Shin Chan amat cerdik!

"hehehe"

IX. Gua suka baca pasal politik, tapi gua tak suka orang yang berkecimpung dalam politik! kelakar kan dorang tu?

X. Gua masuk opis tak tentu masa, kadang2 pagi, kadang2 petang, kadang2 waktu malam! sampai ada masa gua rasa gua macam Batman! tapi gua bukan Batman~*tidak melibatkan law @sama waktu dgnnya*

XI. Gua susah nak bercakap dengan orang yang gua tak kenal! tapi kerja gua memerlukan gua selalu bercakap dengan orang yang gua tak kenal! tak paham la~

XII. Gua dulu suka kumpul kaset sampai penuh satu beg, so bila balik sabah gua akan bawak 2 beg, satu beg pakaian, satu lagi beg khas utk kaset2 gua. Collection tu semua ada kat Sabah, kalau mak gua tak buang!

XIII. Gua dalam proses mengurangkan asap rokok dalam badan, sebagai motivasi gua telah menampal gambar paru2 orang merokok ditepi meja gua.

"gila takut"
XIV. Gua boleh makan ikan, tapi tak boleh makan udang dan ketam, pakcik gua selalu cakap " rugi sebab dah hilang satu nikmat dunia" betul ke?

XV. Takde cerita menarik tentang gua!

XVI. Gua tak ada member nak di-TAG!

2009-02-04

si katak lompat


Keadaan di negeri Perak semakin pelik, kegiatan lompat melompat menjadi mainan Adun2 yang dipilih oleh rakyat. Gua pelik kerana sebelum ini Adun BOTA, Nasharudin Hashim melompat dari UMNO masuk PKR, selang beberapa hari dua Adun PKR (Behrang dan Changkat Jering) pula melompat keluar parti PKR.

Alasan yang dorang gunakan kononnya parti yg dorang tinggalkan sudah lari dari perjuangan sebenar. Kalau macam tu patut dari dulu lagi tak payah ikut mana2 parti, jadi Adun BEBAS, senang cerita.

Lepas ni Adun2 yg keluar parti boleh tubuhkan parti politik baru, guna logo katak pastu setiap kali ada perjumpaan perwakilan parti boleh nyanyi lagu katak si katak lompat! hahahahaha!

Sebenarnya dorang ni takde prinsip, baik yang tinggalkan UMNO utk masuk PKR atau yang tinggalkan PKR utk masuk UMNO! terlompat sana terlompat sini macam katak, last sekali mati kena lenyek dengan kereta~ takde siapa yg peduli!

2009-02-03

gua, matahari dan penghawa dingin


Panasnya hari ni, bukan panas hati tapi disebabkan penghawa dingin kat opis gua tak berfungsi. Gila panas.

Mungkin disebabkan sudah terbiasa bekerja dlm keadaan selesa dan nyaman, membuatkan gua tak seronok bila bekerja dlm keadaan penghawa dingin tidak berfungsi! Tapi, sekurang2nya gua still duduk dlm opis, cahaya matahari terhalang oleh atap opis gua, bayangkan kalau opis gua takde atap, boleh gelap gulita gua dibuatnya!

Bayangkan pakcik2 dan makcik2 yg keje sapu sampah tepi jalan, berhujan berpanas mencari rezeki, gaji bukan tinggi pun, tapi dorang still buat keje tu. Belum kira lagi uncle2 yg keje jadi buruh buat bangunan, yg keje tanam sayur, tanam padi, ternak ayam, kambing lembu dan macam2 lagi.

So, apa la sangat la panas sikit je kan.. tahan je la. Hari ni je kena tahan sebab technician penghawa dingin cuti. Esok ok la tu kalau dia datang!

2009-02-02

jaga ada kambing! nanti kena tanduk!


"KAMBING BETOL!"

Hari ni gua kena gi pejabat pos disebabkan driving license gua telah tamat tempoh, nak tak nak gua terpaksa juga renew! daripada kena saman dengan pak polisi kita kan...

masa kat pejabat pos tadi memang ramai orang, mungkin disebabkan hari ni hari isnin kot. Gua pegi pos office dekat subang carefour jer.

Semasa gua sampai, orang memang dah ramai..panjang jugak la gua kena queue, lenguh jugak kaki kena berdiri lama. Tapi satu je yang gua tak suka, species orang tak pandai nak beratur, kurang asam tol la , orang lain pun nak cepat, sekurang2nya beratur la dulu. Kambing masuk kandang pun pandai beratur. tu la, otak ada guna kepala lutut!

Biasa la benda2 orang potong "queue" ni, terutama sekali kat TOL, takde sivik! kambing gurun!