Showing posts with label amarah. Show all posts
Showing posts with label amarah. Show all posts

2009-09-11

untitled

Bodoh, aku kata..
kalau dah serumpun
kitaorang kau nak sapu,
bangang, aku kata..
kalau dah sebab tarian
kau kejar dengan buluh runcing,
sial, aku kata..
kalau dah rezeki tuhan
kami kongsi sama di Malaysia,
Setan, aku kata..
sebab rendang
kau nak ganyang
hamjadah, aku kata..
sebab kau pijak bendera Malaysia
sial,
bangang,
bodoh,
setan,
hamjadah,
datang sini kalau berani,
bawak lah buluh runcing,
bawak lah ilmu kebal,
aku kata..aku tunggu di sini



sial, kurang pahala puasa aku hari ni...


p/s: gila patriotiknya aku di bulan September...

2009-03-11

kerja mesti mau stress!

"YA GUA TENGAH STRESS NGAN KEJE GUA SEBAB LAYAN CUSTOMER PEKAK"

Kalau hari2 angkat phone dapat customer pekak, keje sampai tekeluar anak tekak pon belum tentu dia faham! siapa kata Customer always right????
Photobucket
"PERLUKAH GUA BUAT MACAM NI BARU PAHAM?"

Ya gua akan buat macam yang di atas sekiranya kompeni ni gua yang punya! hahahahaha~ kena tanya bakal C.E.O lah??

2009-03-10

Otak simpan kat lutut

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak bapanya di atas tilam kerana dikatakan berang apabila mangsa tidak berhenti menangis.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Sungai Ara di sini, awal pagi kelmarin, bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata bayi itu meninggal dunia di HPP kerana kecederaan dalaman serta banyak kesan lebam.

Beliau berkata bapa bayi itu kini direman enam hari mulai semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dimasukkan ke Hospital Serdang sejak Jumaat lalu akibat cedera di kepala serta muka dipercayai didera pengasuhnya.

Menurut sumber, ibu bayi itu membawa anaknya ke hospital sebaik menemui kesan cedera pada kepala dan muka mangsa selepas diambil dari rumah pengasuh yang berusia 19 tahun itu di Puchong Indah. (H.Metro)

WEI GILA KE, BUDAK KECIK KORANG BANTAI! MEH LA BANTAI KUCING GUA KALAU BERANI!

kucing

"Kucing Gua tengah training"

2009-02-26

Tol naik! Gila ke apa..

tengkorak hidup
"Expressway kat Lembah Klang"

Kerajaan akan menaikan harga Tol bagi 5 lebuhraya, gila ke apa, sampai 5? kenaikan pula dikatakan akan bermula pada 1 March 2009 (Ahad ni la)...

5 lebuhraya tersebut ialah:
  • PLUS Expressway( 0.68sen sekilometer)
  • SPRINT Highway(30-50sen)
  • AKLEH (Ampang KL Elevated Highway) (50sen)
  • Sungai Besi Highway (10sen)
  • New Pantai Expressway (NPE) (40sen)
Lebuhraya Utara-Selatan dikhabarkan akan mengalami kenaikan sebanyak 5% manakala 4 lagi lebuhraya tersebut akan mengalami kenaikan lebih kurang 50 sen.

Gua tak merasa kesan kenaikan Tol tersebut secara langsung, sebab:
  • Gua naik moto bila pegi keje, tapi gua kesian kat orang guna keta!
  • Gua tak lalu pun jalan tu pegi keje, tapi gua kesian orang guna jalan tu!
  • Gua lalu Plus kalau gua nak balik Perlis (Kg bini gua), gua kesian orang guna Plus hari2!
  • Yang lain gua tak guna pon, tapi gua kesian kat orang yg terpaksa guna jalan tu!
Gua pasti merasa kesan secara tidak langsung, sebab:
  • Tambang bas kompom naik
  • Tambang teksi kompom naik
  • Harga barang2 lain sebab kos pengangkutan naik!
  • Dan banyak lagi kenaikan yang akan menjadi isu di belakang hari!
Secara keseluruhannya, kerajaan telah membuat kerja gila apabila menaikan kadar Tol, walau kat mana2 pun! rasanya Syarikat konsesi yg bertanggungjawab dah untung banyak apa! Jangan bebankan rakyat, nanti korang juga dapat susah, kalau tak caya cuba buat Pilihanraya Umum esok, gua gerenti Kerajaan sekarang tinggal kenangan je~

p/s: TOL naik banyak kali, highway tetap sesak macam sardin duduk dalam TIN jugak!

2009-02-24

Kalau geram!


Photobucket

PERNAH RASA MACAM NAK BUAT MACAM NI TAK KAT ORANG??

JANGAN!! TAK BAIK WOOO~

2009-02-14

Gua vs Encik Doktor

"gua kena gastric"

Semalam memang menyeksakan, gua kena pegi klinik sebab gastric gua datang secara tiba-tiba setelah sekian lama menyepi! Gastric semalam memang teruk sampai gua berpeluh sebab sakit tahap tergolek-golek kat lantai!

Bertapa teruknya gastric yang gua rasa semalam menyebabkan gua terpaksa pergi ke klinik 2 kali. Kali pertama pada pukul 3 pagi dan kali kedua pada pukul 5 pagi, semuanya gara-gara ubat yang encik doktor bagi tidak berkesan.

Nasib baik gua tak perlu pergi ke klinik untuk kali ketiga, kalau tidak, gua yang akan bagi "ubat" pada encik doktor! sebab gua dah habis Rm 100 untuk ubat yang tak tau berkesan ke tidak~

2009-02-02

jaga ada kambing! nanti kena tanduk!


"KAMBING BETOL!"

Hari ni gua kena gi pejabat pos disebabkan driving license gua telah tamat tempoh, nak tak nak gua terpaksa juga renew! daripada kena saman dengan pak polisi kita kan...

masa kat pejabat pos tadi memang ramai orang, mungkin disebabkan hari ni hari isnin kot. Gua pegi pos office dekat subang carefour jer.

Semasa gua sampai, orang memang dah ramai..panjang jugak la gua kena queue, lenguh jugak kaki kena berdiri lama. Tapi satu je yang gua tak suka, species orang tak pandai nak beratur, kurang asam tol la , orang lain pun nak cepat, sekurang2nya beratur la dulu. Kambing masuk kandang pun pandai beratur. tu la, otak ada guna kepala lutut!

Biasa la benda2 orang potong "queue" ni, terutama sekali kat TOL, takde sivik! kambing gurun!

2008-12-28

Awek oh Awek


Dikatakan penulis blog hina Nabi SAW
(www.adibahahmad.blogspot.com)
Gambar awek ni gua dapat dari TranungKite.net, dikatakan ini lah muka orang yang menjadi penulis blog yang dikatakan menghina Nabi SAW. Memang berani, siap boleh letak nombor telefon lagi kot2 siapa yang berkenan dengan dia. Gua cuba jugak buka blog ni, tapi dah kena removed la..

Tapi menurut sumber BERNAMA awek ini telah berjumpa dengan Ahmad Shabery dan cakap blog ini bukan dia punya, kerana seseorang telah menggunakan identiti beliau untuk mewujudkan blog yang dikatakan menghina Nabi SAW. Menurutnya dia dah buat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia untuk menyiasat bangsat yang membuat angkara.

Yang menjadi kekeliruan, si awek kata dia telah mengesan kewujudan blog tersebut beberapa bulan lepas, tapi dalam gambar di atas terang2 blog baru didaftarkan pada December 2008? Adakah benar bahawa blog ini dibuat oleh orang lain dengan tujuan memfitnah si awek? Kalau betul dia kena fitnah, memang teruk perangai orang yang memfitnah, tapi kalau dia yang buat, cepat2 lah bertaubat ye!wallahualam~

2008-11-11

melayu tak akan hilang di dunia

Amerika mencatat sejarahnya yg tersendiri setelah lebih 232 tahun bebas dari jajahan. Dunia gembira bila Barack Obama ( berkulit hitam) telah dinobatkan sebagai "Big Boss rumah putih". Angin perubahan ni secara tidak langsungnya sampai ke Malaysia.

Gua terbaca satu BLOG yg ditulis sendiri oleh Lim kit Siang presiden DAP, berkenaan kemenangan Barack Obama sbg Presiden berkulit hitam pertama di U.S. Persoalan yg Si Lim cuba timbulkan ialah mengenai bolehkah Chinese, Indian atau bangsa lain selain Melayu menjadi PM?

Sebelum ini terdapat suara2 sumbang mempersoalkan ketuanan melayu hingga menyebabkan geng2 sultan dan Agong mengeluarkan statement meminta "kontrak social" yg telah lama dipraktikan tidak dipersoalkan!

yang gua tak paham ialah kenapa la si Lim sibuk sangat pasal nak jadi PM? sebab nak ikut Amerika ke? atau sebab rasa Malaysia akan jadi lagi gempak kalau PMnya bukan Melayu? atau dia rasa sudah sampai masa Malaysia di tadbir oleh bukan Melayu?

Adakah kerana UMNO sudah kehilangan taring selepas pilihanraya March lalu? menyebabkan suara ketuanan Melayu sudah menjadi samar dan semakin perlahan? atau masalah dalaman UMNO akan menghancurkan isinya secara sedikit demi sedikit? atau si kepala di dalam UMNO masih tidur dibuai mimpi indah? kadang2 gua rasa orang Melayu bukan menyampah dengan UMNO tapi menyampah dgn si kepala yg menjadi nakhodanya~

atau kita mengharapkan si anwar dapat melindungi hak bangsa melayu? sedangkan si anwar juga memerlukan bantuan gengnya dari DAP hingga terdapat khabar angin si Lim akan menjadi Timbalan sekiranya anwar menjadi PM? adakah itu punca beliau senyap sunyi?
si Lim sibuk mengenai ketuanan Melayu sedangkan di Singapura "ketuanan Cina" yg masih berkuasa dan tidak bersedia mempunyai PM dari bangsa lain? apa kes..
Si Lim membandingkan Malaysia dgn Amerika..kenapa tidak membandingkan Malaysia dan Singapore? Malaysia umur baru 51, Amerika dah 232 tahun. Si Lim ni dah dibagi betis nak peha..bagi penyepak baru tahu~ apa kurang lagi tinggal di Malaysia? semua boleh dapat...tengok kat jalan siapa naik kancil siapa naik BMW? Melayu naik kancil cina naik BMW~

Gua bukan UMNO, bukan KEADILAN bukan PAS.. dan gua juga bukan racist hahaha~ gua cuma MELAYU yg cintakan KEAMANAN~

2008-10-29

islam hadhari

Islam Hadhari menekankan aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam.

Mempertingkatkan mutu kehidupan bg melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian 10 prinsip utama;

  • Keimanan & Ketakwaan Kpd Allah
  • Kerajaan Adil & Beramanah
  • Rakyat Berjiwa Merdeka
  • Kuasai Ilmu Pengetahuan
  • Bangun Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
  • Kehidupan Berkualiti
  • Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita
  • Keutuhan Budaya & Moral
  • Pemeliharaan Alam Semulajadi
  • Kekuatan Pertahanan

Contoh- contoh islam hadhari yang dipraktikkan di Malaysia?

2008-10-15

Orang Minyak di Kedai Mamak~



Pengumuman terbaru dari gomen kita, harga petrol turun lagi. Ini kali ketiga harga minyak diturunkan.

Tapi yang gua tak puas hati sebab harga makanan kat kedai mamak still naik jugak~ memang macam orang minyak betul la dorang ni. Orang minyak memperkosa untuk kepuasan diri, kedai-kedai mamak ni naikkan harga makanan untuk memperkosa poket-poket kita sebab nak untung cepat.

Apa dorang ikut harga minyak kat India ke apa? sungguh sengal!

Tapi kita still datang kat kedai mamak dan bersuka ria melepak kat tempat dorang, pasal tu mamak naik kepala~

Jangan kan kedai mamak..kedai-kedai lain pun sama je~

2008-09-14

Kurang ajar @ terlebih ajar?


Tak tau nak start dari mana.. tapi disebabkan peristiwa yang berlaku semalam, gua merasakan gua perlu meluahkan segalanya dalam blog ni! Gua kurang pasti sekiranya semua orang pernah berhadapan dengan road BULLY, tapi gua amat pasti ada ramai yang pernah berjumpa dengan species yang macam ni.
Semuanya bermula malam semalam, semasa gua dan wife gua keluar untuk berbuka di Shah alam. On the way dari airport subang, gua take over satu kereta yang dah boleh dikategorikan sebagai kereta lusuh (gua confirm boleh buat tukun). Seperti yang tertera dimana-mana highway punya signboard, gua take over kereta tersebut menggunakan line paling kanan sekali.
Dijadikan cerita, selepas take over kereta tersebut gua pun dengan normalnya masuk balik ke line tengah dengan kelajuan 80km sejam. Selang beberapa puluh meter, terdapat sebuah lori..gua memberi isyarat ke line kanan dan cuba take over lori tersebut..dalam pada masa yang sama, kereta lusuh yg tersebut mengikut gua dibelakang dengan rapat, selepas melepasi lori tersebut gua kembali ke line tengah dan cuba memberi laluan pada kereta lusuh tersebut.. ala, kereta lusuh tu takde la laju macam Skyline pun.
Bagaimanapun, rupa-rupanya kereta lusuh tersebut cuba take over gua menggunakan line tengah sambil membunyikan hon berkali-kali.
Gua yang kurang pasti dengan masalah kereta lusuh nie..dengan perasaan amarah yang teramat sangat gua membalas dengan membunyikan hon juga berkali-kali. Demi menunjukan perangai ala-ala SAMSENGnya, si kereta lusuh tadi masuk ke line kiri dan menjerit-jerit macam orang kena rasuk dengan hantu! lagi teruk dari budak sekolah kena histeria. Tak cukup dengan itu, si kereta lusuh mengeluarkan tangan dari tingkap kereta dan memberi isyarat mengarahkan gua memberhentikan kereta.
Gua yang juga tak puas hati dengan perangai si kereta lusuh memberi isyarat ke kiri dan memperlahankan kereta untuk berhenti seperti yang diminta, tapi wife gua melarang gua dari berbuat demikian, beberapa kali gua cuba berhenti dan berkali-kali juga lah wife gua menasihati gua dengan alasan sekarang bulan Ramadhan, dia tak mahu gua terlibat dengan problem terutama sekali bergaduh...apa-apa hal pun keta kitaorang tehuyung hayang sebab gua pusing stereng belah kiri, wife gua pusing ke belah kanan..
Kesian dengan wife gua yang berkali-kali merayu supaya gua meneruskan perjalanan membuat gua kembali tenang, tapi tak sepenuhnya!
Selepas melihat gua bergerak, si kereta lusuh memecut dan bergerak ke depan kereta gua! tak habis-habis lagi kereta lusuh tersebut cuba mencabar kejantanan gua. Keadaan bertambah teruk apabila, si kereta lusuh cuba membahayakan diri gua and wife gua dengan tiba-tiba menukar line dan masuk di depan kereta gua. Gua terpaksa menekan brek beberapa kali kerana si kereta lusuh dengan sengaja menekan breknya beberapa kali didepan gua.
Gua yang dalam keadaan turut amarah dengan perangai samseng tersebut, take over kereta lusuh tersebut dan memecut meninggalkan si kereta lusuh, keadaan kembali tenang apabila si kereta lusuh masuk ke persimpangan lain.
Gua memang kalau ingat-ingat balik kan, memang bersyukur sangat sebab isteri gua larang gua berhenti kan kereta, kalau tak, gua confirm ada yang pecah kepala kena hempuk dengan batang besi kat bonet kereta gua! hahahahahaha..gurau je! kurang pahala amalan bila kita gaduh-gaduh, time puasa kena banyak bersabar~