Mungkin sudah basi isu Politik Perak yg goyah dan runtuh bagai runtuhnya istana pasir dipukul ombak. Hampir seminggu kita dihidangkan dgn cerita Politik Perak yg bergolak, semuanya bermula bilamana aksi lompat melompat dijadikan permainan oleh mereka yang hilang prinsip politik mereka, sama ada dari BN lompat masuk Pakatan Rakyat dan sebaliknya. Semuanya melompat atas dasar prinsip perjuangan sudah tidak sehaluan.
Pergolakan di Perak semakin parah sehingga Sultan Perak turut diheret ke kancah politik, mungkin bukan perkara cerita baru pihak istana menjadi mangsa kerakusan politik. Berita2 memualkan seperti ini sudah biasa kedengaran. Sudah hilangkah rasa hormat pada Sultan? sudah lupakah adat bersultan? Melayu apa kalau tidak tahu adat bersultan? Kan melayu berpegang kepada "Raja adil raja disembah..."
Perak yg telah dikuasai Pakatan Rakyat yg telah dipilih melalui sistem demokrasi akhirnya tumbang dek gelagat adun sendiri (Behrang, Changkat Jering & Jelapang). Adun Bota yg sebelum ini keluar UMNO utk menyertai parti rakan sekelasnya Anwar sebelum itu kembali menyertai UMNO dalam masa beberapa hari dan mencipta rekod lompat parti paling pantas!
Apa yang menjadi kemuskyilan gua ialah dua adun dari PKR (Behrang & Chankat Jering) telah dituduh rasuah sebelum ini dan kes mereka masih dlm proses mahkamah, mereka sendiri telah mengaku perihal skandal rasuah seks mereka, yg membuat tuduhan pula ialah dari pihak UMNO sendiri, tapi kenapa UMNO menerima sokongan 2 perasuah ini utk merampas kembali Perak? apa UMNO mahu Adun rasuah menentukan nasib rakyat Perak?
Kenapa Najib begitu rakus dlm membuat tindakan, mahukah UMNO di cop sebagai parti penyokong rasuah? atau mahu UMNO dituduh mempengaruhi keputusan mahkamah jika 2 adun tersebut dilepaskan dari tuduhan? kenapa UMNO mahu menggali kubur sendiri?
Pakatan Rakyat pula semakin lama semakin goyah, kerana hala tuju politik yg berlainan, agak sukar bagi PAS, PKR dan DAP utk bertahan lama dalam Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sbg ketua pembangkang dilihat semakin hanyut, semakin hari semakin tipis keyakinan penyokong beliau gara2 janji beliau utk mengambil alih kuasa Parlimen. Apa yg berlaku di Perak bagai senjata makan tuan, taktik Anwar kini digunakan BN, maka meloponglah mulut Anwar, Si Karpal pula tidak semena2 menyalahkan Anwar punca Perak jatuh ketangan BN.
Memang tiada peruntukan undang2 utk menghalang penHIJRAHan parti selagi tiada unsur ancaman, paksaan, atau yg sama waktu dgnnya, tapi jgn menyusahkan para pengundi dan membazir masa pengundi! Kalau dah tau tiada prinsip dlm berpolitik, jangan berpolitik, menyusahkan orang je!
3 years ago
6 jeritan:
btol lah. menyusahkan org je. baik2 undi diorg, tetibe lompat sana lompat sini. mana janji nk berkhidmat utk rakyat dan utk 'parti' kononnya.
ramai politikus kita kena penyakit lompat katak sekarang ni! hahahaha~
Malaysia sekarang penuh dengan katak dan kangaroo.... melompat je keje... kelakar btul la politik Malaysia ni...
hemmm ko ni layak jd pengkritik/penganalisis politik.. tak sangka...
seriously, rasa nak tampo sekor-sekor.
tu la dorang nie, masa jadi berudu dulu tak belajar sivik, tu yg jadi katak lompat pon tak konsisten!
Post a Comment