2009-02-26

Tol naik! Gila ke apa..

tengkorak hidup
"Expressway kat Lembah Klang"

Kerajaan akan menaikan harga Tol bagi 5 lebuhraya, gila ke apa, sampai 5? kenaikan pula dikatakan akan bermula pada 1 March 2009 (Ahad ni la)...

5 lebuhraya tersebut ialah:
  • PLUS Expressway( 0.68sen sekilometer)
  • SPRINT Highway(30-50sen)
  • AKLEH (Ampang KL Elevated Highway) (50sen)
  • Sungai Besi Highway (10sen)
  • New Pantai Expressway (NPE) (40sen)
Lebuhraya Utara-Selatan dikhabarkan akan mengalami kenaikan sebanyak 5% manakala 4 lagi lebuhraya tersebut akan mengalami kenaikan lebih kurang 50 sen.

Gua tak merasa kesan kenaikan Tol tersebut secara langsung, sebab:
  • Gua naik moto bila pegi keje, tapi gua kesian kat orang guna keta!
  • Gua tak lalu pun jalan tu pegi keje, tapi gua kesian orang guna jalan tu!
  • Gua lalu Plus kalau gua nak balik Perlis (Kg bini gua), gua kesian orang guna Plus hari2!
  • Yang lain gua tak guna pon, tapi gua kesian kat orang yg terpaksa guna jalan tu!
Gua pasti merasa kesan secara tidak langsung, sebab:
  • Tambang bas kompom naik
  • Tambang teksi kompom naik
  • Harga barang2 lain sebab kos pengangkutan naik!
  • Dan banyak lagi kenaikan yang akan menjadi isu di belakang hari!
Secara keseluruhannya, kerajaan telah membuat kerja gila apabila menaikan kadar Tol, walau kat mana2 pun! rasanya Syarikat konsesi yg bertanggungjawab dah untung banyak apa! Jangan bebankan rakyat, nanti korang juga dapat susah, kalau tak caya cuba buat Pilihanraya Umum esok, gua gerenti Kerajaan sekarang tinggal kenangan je~

p/s: TOL naik banyak kali, highway tetap sesak macam sardin duduk dalam TIN jugak!

1 jeritan:

Anonymous said...

A'ah. ntahpape. ada tol yg ditutp terus (bebas tol, kunun) pastu tol lain naik plak. cheh! *tapi aku tak efek pun kat Trg ni. hihi.