Kerana kepentingan diri dan kerakusan kuasa, orang-orang politikus sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk kekal berkuasa termasuk melupakan rukun negara yang kedua "kesetiaan kepada Raja dan negara".
Terlalu banyak peristiwa "penderhakaan" dari politikus-politikus di Malaysia, terbaru Nizar Jamaluddin (PAS), bekas Menteri Besar Perak dikatakan menderhaka apabila enggan meletak jawatan setelah dititahkan oleh Sultan Perak untuk meletak jawatan setelah pergolakan paling aneh berlaku di Perak baru-baru ini. Maka bertubi-tubilah kutukan dituju pada Nizar.
Karpal Singh (DAP) dengan perlakuan bodoh beraninya ingin menyaman Sultan Perak kerana tidak mengikut perlembagaan Perak dengan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Siapa tidak kenal Karpal Singh? saman menyaman memang sudah jadi tabiatnya.
Tapi sejarah tidak menunjukan hanya PAS dan DAP "derhaka" pada Sultan, UMNO sendiri pernah beberapa kali terlibat dalam insiden yang sama. Pada tahun 1993, Anuar Musa (UMNO) dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra dalam satu tunjuk perasaan di Ketereh Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Gua masih ingat lagi, penyokong Idris Jusoh membuat tunjuk perasaan kerana mahukan Idris Jusoh (UMNO) kekal sebagai Menteri Besar sedangkan Sultan Terengganu (Agong) mahukan Ahmad Said (UMNO) sebagai Menteri Besar baru. Turut sama menderhaka ialah 22 Adun BN yang ingin memboikot Majlis angkat sumpah MB baru, pelik betul, sesama UMNO pun tak sehaluan.
UMNO juga memainkan peranan dalam "penambahbaikan" imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993. Maka hilanglah kekebalan raja-raja daripada tindakan saman. Maka senanglah Karpal mengambil kesempatan dan memungkinkan Standard Chartered Bank menyaman Almarhum Tengku Jaafar.
Jadi siapakah yang layak dipanggil penderhaka?
a) PAS
b) DAP
c) UMNO
d) Semua yang diatas
3 years ago
6 jeritan:
hahahha..aku pun penah dulu masa praktis terlibat dlm saman-menyaman royalties nie..ahaks..whatever it is politics now makin weird and ridiculous...maintain masih tersangkut atas pagar...ahaks...tgk siapa yg bakal save the economy and maintain the stability they get my vote during the next election...
hahahha..aku pun penah dulu masa praktis terlibat dlm saman-menyaman royalties nie..ahaks..whatever it is politics now makin weird and ridiculous...maintain masih tersangkut atas pagar...ahaks...tgk siapa yg bakal save the economy and maintain the stability they get my vote during the next election...
ntah pape. nyampah aku dgn politikus nih!
Takut aku tengok muka cunning Karpal Singh pandang kamera dengan mata yang menikam sambil cakap (pada orang-orang yang lodge police report against dia), “Bersedia untuk hadapi akibatnya.” Pergh!
Anda di-tag-ed Zulus! pedulikan politikus itu! hehe.
hello zul.. aku ikut membaca blog ko ekceli dan adalah suka baca entri ko. lebey2 lagi sbb ada gambar2 yang dilukis tu :D
anyhoo exactly my point la pasal all these sultans ni. sabar je la.
Post a Comment