Showing posts with label funny sekali~. Show all posts
Showing posts with label funny sekali~. Show all posts

2009-06-10

Tipu olang ka!

Gua buka email, dari Mybank2u Business.. gua pun klik~

Gila penipu..gua mana ada akaun Maybank!
Nak tipu pun agak2 la.... Ayam tol~

P/S: penipu besar makin ramai sekarang, cesssssss!

2009-05-25

guna gam?


Macamana botol spray tu tak jatuh? pelik kan?
Empunya keta letak gam kot? muahahahaha...

2009-05-12

Kame hame ha

Akibat takde otak, buat KAME HAME HA kat anak sendiri..

Photobucket

Patutnya Bapak budak ni kena terajang macam nie jeee....

Photobucket

P/S: kesian kat budak tu kan...... tapi memang kiut jer dia jatuh terlentang!

2009-04-07

Arnab yang ganas

Arnab putih: woi, apa tengok2 ada hutang ka?"
Kucing: Lu ingat lu kuat ke? meh la kalau berani!

Kucing: kalau ko nak bawak member neger ko tu pun aku tak kesah beb!
Arnab neger: apehal aku plak?
Arnab putih: kuar kan aku dari sini, aku nak tarik misai kucing poyo nih!

Arnab putih: ko ingat bulu pink ko tu buat aku takut ke, ha? tarik misai baru tau!
kucing: tak padan dgn kecik, kaki pendek.. sekali gua cakar muka lu baru tau!

Arnab putih: Lu jangan memain ngan gua, sekali gua sepak lu, mau luruh bulu badan lu! (sambil berlalu pergi)
kucing: takoottnyeeeeee~

P/S: Ada gak orang kaler kucing jadik warna pink? kalau tacap kaler biru mesti lawa~

2009-03-31

Bukit Selambau dan Skuad Bola

"gua cilok gambar dari B.Harian"

15 orang? ish, dah boleh buat satu skuad bola sepak, siap pakej sekali dgn pemain simpanan tu. Apa hal la pulak sampai 15 orang nak bertanding kat Bukit Selambau?

Gua kesian kat pengundi DUN Bukit Selambau, mesti pening kepala nak pangkah mana satu. 15 orang yg offer diri jadi calon ni betul ke mampu berkhidmat utk pengundi? Daripada membazir bayar deposit yg sudah pasti akan hangus kalau kalah teruk, baik derma kat rumah anak yatim ke, kat fakir miskin ke, banyak lagi orang susah perlu bantuan. Entah-entah calon2 yg bertanding ni ada yg sponser kot? hehehehe...

Tak perlu jadi wakil rakyat kalau nak berkhidmat, banyak cara lain kalau nak sangat bagi khidmat pada masyarakat. Jangan susahkan pengundi.

P/S: Nasib baik makcik Maimon tak ikut, kalau tak jadi 16 orang!

2009-03-29

Main Tutup Lampu!



Kempen Earth hour, apa yg gua tau tujuannya utk memupuk kesedaran akan perlunya tindakan mengenai perubahan iklim dunia. Kempen ini diadakan dengan menutup lampu dan juga pekakas elektrik yg tidak perlu digunakan dalam tempoh satu jam.

Semuanya bermula di Sydney Australia pada 2007 dan kempen ini mendapat sambutan yg menggalakan hingga bandar2 besar lain seluruh dunia turut serta pada tahun 2008. Pada tahun 2009 Malaysia turut serta, dan semalam Kuala Lumpur yg selalu bermandi cahaya neon menjadi kelam (tak semua) dalam masa satu jam.

Bagi gua kempen "Earth Hour" ni sudah lama gua praktikan sebabnya masa gua tinggal di Semporna Sabah, boleh kata dalam seminggu 2 atau 3 kali bekalan elektrik akan terputus, bukan satu jam, kadang2 berjam-jam. Pagi sampai ke malam dan ada masa dari malam sampai ke pagi. Nampak sangat kerajaan Sabah lagi terer bab jimat elektrik!

P/S: Ada orang tutup lampu kereta tak semalam kat jalan raya?

2009-03-12

Orang tua dalam kelas

Apa perbezaan antara sidang Parlimen di Malaysia dengan budak2 sekolah?

Bezanya budak2 sekolah kalau cikgu suruh senyap dorang akan senyap, tapi ahli2 "Yang Berhormat" kita bila Speaker suruh senyap, dorang buat tak tahu je.. yang sebelah pembangkang ke atau sebelah kerajaan sama saja, sampai ada yang kena halau keluar Dewan!

Nakal betul YB kat Parlimen.. Lepas ni Speaker bawak rotan baru tau~

Hahahahahaha.
"Budak darjah satu lagi berdisiplin"

"Budak2 nakal berstatus YB"


P/S: Gua pon pernah dihalau keluar! tapi gua bukan YB, gua budak sekolah je!

2009-02-25

10+1 Working Tips For 2009

Gua dapat email dari kawan gua, just want to share "10 Working Tips For 2009" yang ke-11 tu aku tambah~ harharharharun!

1. DO NOT GET INTO TROUBLE


2. AIM FOR GREATER HEIGHTS


3. STAY FOCUSED ON YOUR JOB


4. EXERCISE TO MAINTAIN GOOD HEALTH


5. PRACTICE TEAM WORK


6. RELY ON YOUR TRUSTED PARTNER TO WATCH YOUR BACK


7. SAVE FOR RAINY DAYS


8. REST AND RELAX


9. ALWAYS SMILE WHEN YOUR BOSS IS AROUND


10. NOTHING IS IMPOSSIBLE


11. DON'T BE SO SERIOUS

Disclaimer: Tips berikut hanya lah tips semata-mata, peratus keberkesanan tips adalah tidak dikaji terlebih dahulu. Terima kasih.

2009-02-18

Orang kata, bukan gua kata!

Photobucket

Orang kata cinta itu buta, tapi itu orang yang kata, bukan gua yang kata. Orang kata demi cinta lautan api sanggup direnangi, tapi itu orang kata bukan gua yang kata. Orang kata "u jump, i jump demi sayang!", itu orang kata, bukan gua yang kata. Gua rasa takde orang sanggup berenang lautan api, takde orang sanggup terjun, agak2 agak la..

Orang kata bercinta selepas kahwin lagi mengasyikan dari bercinta sebelum kahwin, itu orang kata, bukan gua kata. Zaman dulu2 kadang2 si suami tak kenal pun si isteri tapi cinta pada yg satu sampai mati, orang kata la, bukan gua kata. Orang zaman sekarang cinta separuh mati sebelum kahwin, masuk 2 bulan 3 bulan kahwin dah tak sanggup duduk sebumbung, itu orang kata, bukan gua yg kata.

Orang kata selalu ungkapkan kata2 cinta itu mampu membuat si dia semakin sayang, tapi itu orang kata bukan gua kata. Gua rasa kalau hari-hari cakap I LAP U pun boleh rasa muak juga, kalau benda dah hari2, special lagi ke? asyik I LAP U, U LAP ME, jumpa I LAP U, tak jumpa I LAP U, sebelum makan I LAP U, lepas makan I LAP U, sebelum mandi I LAP U, lepas mandi I LAP U, sebelum tido I LAP U, bangun tido air liur basi masih melekat kat pipi I LAP U lagi, tak kira lagi sebelum dan selepas breakfast I LAP U, lunch I LAP U, minum petang I LAP U,.. gua pun naik muak nak tulis I LAP U, bila putus cinta, frust menongeng... agak-agak la..

Gua bukan lelaki romantika, jauh sekali jiwang karat, ini bukan orang kata, ini gua yang kata la. Tapi sekarang gua try jugak utk menjadi romantika lepas kahwin... eeeii gelinya~

p/s: jodoh pertemuan urusan Allah SWT

2009-02-04

si katak lompat


Keadaan di negeri Perak semakin pelik, kegiatan lompat melompat menjadi mainan Adun2 yang dipilih oleh rakyat. Gua pelik kerana sebelum ini Adun BOTA, Nasharudin Hashim melompat dari UMNO masuk PKR, selang beberapa hari dua Adun PKR (Behrang dan Changkat Jering) pula melompat keluar parti PKR.

Alasan yang dorang gunakan kononnya parti yg dorang tinggalkan sudah lari dari perjuangan sebenar. Kalau macam tu patut dari dulu lagi tak payah ikut mana2 parti, jadi Adun BEBAS, senang cerita.

Lepas ni Adun2 yg keluar parti boleh tubuhkan parti politik baru, guna logo katak pastu setiap kali ada perjumpaan perwakilan parti boleh nyanyi lagu katak si katak lompat! hahahahaha!

Sebenarnya dorang ni takde prinsip, baik yang tinggalkan UMNO utk masuk PKR atau yang tinggalkan PKR utk masuk UMNO! terlompat sana terlompat sini macam katak, last sekali mati kena lenyek dengan kereta~ takde siapa yg peduli!

2009-01-22

Gua suka Ayam goreng je!



"MAIN MACAM AYAM"

Mampukah pasukan harimau malaya kita melayakan diri ke World Cup 2018? adakah cita2 atau angan2 semata-mata? Semalam FAM telah menjawab sendiri soalan tersebut apabila Harimau Malaya tumpas tersungkur ditangan UAE di halaman sendiri. Itu baru pusingan awal kelayakan Piala Asia, dah kena teruk.

Dengan angka 5-0 memang cukup pahit untuk ditelan, semakin parah kecederaan Harimau Malaya yang sudah lama tempang. Persoalaannya kenapa? training tak cukup? makan tak cukup?

Menurut ranking FIFA kita berada di tempat ke 158. Pernah dengar St Kitts and Nevis tak? gua pun tak pernah dengar, ranking St Kitts and Nevis lagi atas dari Malaysia, tu tak kira lagi negara Vanuatu, Niger, Suriname, Burundi dan banyak lagi. Tak adil la gua nak sama kan dengan Brazil atau Argentina.

Beza kita dengan Palestine cuma 22 ranking je, Palestine sekarang berada di ranking 180, bayangkan Palestine, nak training pun payah, silap2 nak sepak bola tersepak bom.

Apa lagi yang kurang? kita dulu pernah layak sukan Olympics 1980, time tu South Korea dengan Jepun ketaq lutut kalau dengar nama Harimau Malaya.

Gua pun dah malas nak pegi stadium tengok Malaysia main, buat sakit hati je, silap2 habis gua hancurkan tempat duduk kat stadium. Bukan tak nak sokong, tapi tolong la main macam pemain profesional main bola, jangan main macam budak sekolah aku.

2008-12-15

kancil melompat tebing~

Gambar ni gua ambik sabtu lalu, gua pelik sebab macamana kancil ni boleh terbabas kat selekoh kawasan apartment gua duduk. Kesian kat owner Myvi putih tu sebab tak pasal2 kereta dia jadi mangsa.

Gua rasa memang driver kancil tu bawak laju sebab gua dengar bunyi ekzos yang kuat sebelum tu, rasanya driver tu tak boleh control and then kasi hentam itu tebing. Nasib baik hentam itu tebing dulu, kalau tak mesti Myvi tu lagi jahanam. Nasib baik hentam Myvi, kalau hentam orang?





Budak berbaju merah itu lah driver kancil tersebut~ nak kata mabuk hari masih siang lagi! atau si driver kancil cuba meniru gaya drift macam dalam movie!

2008-12-02

dikala bulan senyum

Hari ini hangat diperkatakan dlm helaian surat khabar mengenai fenomena bulan senyum. menurut berita harian yg turut menempel gambar tersebut sbg gambar pilihan, kejadian bulan senyum semalam memperlihatkan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai orang tersenyum. Fenomena luar biasa astronomi ini dikatakan hanya berlaku 5 tahun sekali.

tapi tanpa rakyat Malaysia sedari, sebenarnya kejadian luar biasa ini telah pernah berlaku pada bulan March tahun ini. Kejadian "bulan senyum" ini terjadi apabila parti2 yg menggunakan logo bulan sama ada bulan penuh atau sabit berjaya merampas 4 negeri termasuk 1 negeri yg telah lama mereka genggam. hahahahahaha~

2008-11-17

main bugel-bugel~

Sungguh lawak sekali bila gua membaca berita mengenai Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mahu berbugel (bogel) dihadapan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah sebab memprotes kenaikan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250. Ketua Pengarah JAIS akan mengambil tindakan pada Reformis yang berkeras melakukan aksi bugel.

tak malu ke nak bugel? protes tu takde la masalah..yang korang nak bantai bugel tu apahal? tahap protes di Malaysia dah sampai main bugel-bugel pulak ke~ lepas ni naik harga minyak kita bugel depan opis PM, naik harga gula, naik harga tepung, naik harga beras kita bugel depan kilang atau depan kedai runcit! naik harga roti canai, harga milo ais, kita bugel depan restoran mamak! tak kan macam tu kot~ memang species tak tahu MALU nih~


tapi gua tak pasti sama ada protes berbugel ini dibuat sepenuh bugel atau separuh bugel! dua-dua pun gua anggap tak senonoh~ selagi ada perkataan BUGEL!
Apa-apa hal pun "tahniah" kepada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang berani me'reformasi'kan protes ala jalanan kepada aksi bugel, Walau niat mereka baik, seharusnya ada cara yang lain untuk buat protes! MATLAMAT tidak seharusnya MENGHALALKAN cara~jangan buat perangai Shin Chan!

2008-10-14

first man on the moon

Gua dapat email dari member... memang kelakar


It's a Hidden truth .....
But the Indians were the 1st to reached the Moon b4 the USA guys


Look at the shadow below~


Have u ever noticed the images that we see ?




This is what is known to the world....... .....


But NASA have only released half of the Picure taken....... ....


Now see the original Full Picture..... ......... .....!!!!



sungguh lucu sekali~