2009-02-18

Orang kata, bukan gua kata!

Photobucket

Orang kata cinta itu buta, tapi itu orang yang kata, bukan gua yang kata. Orang kata demi cinta lautan api sanggup direnangi, tapi itu orang kata bukan gua yang kata. Orang kata "u jump, i jump demi sayang!", itu orang kata, bukan gua yang kata. Gua rasa takde orang sanggup berenang lautan api, takde orang sanggup terjun, agak2 agak la..

Orang kata bercinta selepas kahwin lagi mengasyikan dari bercinta sebelum kahwin, itu orang kata, bukan gua kata. Zaman dulu2 kadang2 si suami tak kenal pun si isteri tapi cinta pada yg satu sampai mati, orang kata la, bukan gua kata. Orang zaman sekarang cinta separuh mati sebelum kahwin, masuk 2 bulan 3 bulan kahwin dah tak sanggup duduk sebumbung, itu orang kata, bukan gua yg kata.

Orang kata selalu ungkapkan kata2 cinta itu mampu membuat si dia semakin sayang, tapi itu orang kata bukan gua kata. Gua rasa kalau hari-hari cakap I LAP U pun boleh rasa muak juga, kalau benda dah hari2, special lagi ke? asyik I LAP U, U LAP ME, jumpa I LAP U, tak jumpa I LAP U, sebelum makan I LAP U, lepas makan I LAP U, sebelum mandi I LAP U, lepas mandi I LAP U, sebelum tido I LAP U, bangun tido air liur basi masih melekat kat pipi I LAP U lagi, tak kira lagi sebelum dan selepas breakfast I LAP U, lunch I LAP U, minum petang I LAP U,.. gua pun naik muak nak tulis I LAP U, bila putus cinta, frust menongeng... agak-agak la..

Gua bukan lelaki romantika, jauh sekali jiwang karat, ini bukan orang kata, ini gua yang kata la. Tapi sekarang gua try jugak utk menjadi romantika lepas kahwin... eeeii gelinya~

p/s: jodoh pertemuan urusan Allah SWT

9 jeritan:

Anonymous said...

Patutla cinta gua xlekat,xpekat,xlikat tp karat.
Tu org kata..
Aku kata? Betul3. :D

The Zulus said...

ko kan jiwang karat~

Anonymous said...

Lain org, lain la approach dia. heh. aku tahu ko tak jiwang sb aku yg kata, bukan org yg kata. hihih!

Anonymous said...

a'ah..mr zulus tak jiwang karat masa couple ngan aku sampai kekadang aku confuse,dia "LAP AKU" ke tak?hehehehhehehe...tapi sekarang...ehem...ehem.....

Anonymous said...

Linda : hanya ko yg tahu. heheh! aku kata referring zaman korg bercinta dulu sb aku kan 'cupid' korg. hahah! (dan yg selalu suruh ko fikir +ve). hihi.

Anonymous said...

wahida : makasih sbb selalu motivate aku.heheeheehhehee...

The Zulus said...

komen gua:

no komen!

Marliza Radzi said...

comella gamba!

The Zulus said...

tarian di hari tua, hahahaha~