2009-03-31

Bukit Selambau dan Skuad Bola

"gua cilok gambar dari B.Harian"

15 orang? ish, dah boleh buat satu skuad bola sepak, siap pakej sekali dgn pemain simpanan tu. Apa hal la pulak sampai 15 orang nak bertanding kat Bukit Selambau?

Gua kesian kat pengundi DUN Bukit Selambau, mesti pening kepala nak pangkah mana satu. 15 orang yg offer diri jadi calon ni betul ke mampu berkhidmat utk pengundi? Daripada membazir bayar deposit yg sudah pasti akan hangus kalau kalah teruk, baik derma kat rumah anak yatim ke, kat fakir miskin ke, banyak lagi orang susah perlu bantuan. Entah-entah calon2 yg bertanding ni ada yg sponser kot? hehehehe...

Tak perlu jadi wakil rakyat kalau nak berkhidmat, banyak cara lain kalau nak sangat bagi khidmat pada masyarakat. Jangan susahkan pengundi.

P/S: Nasib baik makcik Maimon tak ikut, kalau tak jadi 16 orang!

2009-03-29

Main Tutup Lampu!



Kempen Earth hour, apa yg gua tau tujuannya utk memupuk kesedaran akan perlunya tindakan mengenai perubahan iklim dunia. Kempen ini diadakan dengan menutup lampu dan juga pekakas elektrik yg tidak perlu digunakan dalam tempoh satu jam.

Semuanya bermula di Sydney Australia pada 2007 dan kempen ini mendapat sambutan yg menggalakan hingga bandar2 besar lain seluruh dunia turut serta pada tahun 2008. Pada tahun 2009 Malaysia turut serta, dan semalam Kuala Lumpur yg selalu bermandi cahaya neon menjadi kelam (tak semua) dalam masa satu jam.

Bagi gua kempen "Earth Hour" ni sudah lama gua praktikan sebabnya masa gua tinggal di Semporna Sabah, boleh kata dalam seminggu 2 atau 3 kali bekalan elektrik akan terputus, bukan satu jam, kadang2 berjam-jam. Pagi sampai ke malam dan ada masa dari malam sampai ke pagi. Nampak sangat kerajaan Sabah lagi terer bab jimat elektrik!

P/S: Ada orang tutup lampu kereta tak semalam kat jalan raya?

2009-03-26

Kenapa eh?


Macamana Khairy boleh menang? persoalan yg menjadi tanda tanya pada gua, sebelum ini Khairy menang tanpa bertanding bagi jawatan naib pergerakan pemuda UMNO pada tahun 2004, hinggakan beliau menjadi mangsa "BOO" oleh perwakilan pergerakan tersebut.

Kali ini, Khairy sekali lagi menggunakan "magic" dengan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO menggantikan Hishamuddin. Yang gua pelik ialah bagaimana calon favourite (Mukhriz) kalah kepada calon yg pencalonannya nyawa2 ikan (Khairy)? kenapa eh?

Sebelum ini hangat cerita mengenai tindakan Lembaga Disiplin UMNO yg hanya memberi amaran kepada Khairy dan membenarkannya bertanding jawatan Ketua Pemuda dan pada waktu yg sama melarang Ali Rustam bertanding Naib Presiden, walhal kesalahan yg dibuat adalah kesalahan yg sama dibawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO. Kenapa eh?

P/S: orang kata cepat naik, cepatlah jatuhnya, betul ke? jom daftar jadi ahli UMNO

2009-03-25

Kereta Polis Malaysia Gempak




Kereta Peronda Polis baru yang dirasmikan oleh Pak lah hari ini. Evo 10 tuh. Setakat pakai wira atau kancil turbo tu takyah berlagak, anytime kena cucuk angin dgn encik polis. Korang takyah berangan nak lari dari polis laaa, dulu boleh la lawan waja atau wira standard jer.

So lepas ni agak2 nampak keta peronda evo warna putih ada "celoreng" biru camni berenti la cepat, takde guna nak lari pon. Tekan la pedal minyak sampai tembus lantai keta, polis senyum je kejar.

P/S: Kalau kena saman tu redha je la....huhuhuhu!

2009-03-24

Menconteng arang!


Percubaan gua untuk membuat graffiti, tapi bukan conteng kat dinding, conteng kat dalam microsoft paint. Ini lah aktiviti bosan semasa waktu bekerja.

Bos bayar gaji suruh buat kerja, gua buat benda lain. Muahahaha..dasar makan gaji buta, bukan selalu, kadang2 je.

Berbekalkan Micrsoft paint dan juga tetikus comel, gua membuat hasil "seni" kunun2 la... Habis bosan la kiranya. Mood buat kerja belum datang setelah gua MC semalam, bestnya kalau dapat MC satu minggu, dok rumah makan tidor je.

P/S: sila jangan tiru tabiat buruk gua, terima kasih!

2009-03-23

Selesma dan gua!


Gua terkena virus menyebabkan gua dijangkiti selesma. Bermula dari semalam hingga ke saat ini gua tidak berhenti bersin dan menyebabkan hidung gua terasa seperti mahu tercabut dan sentiasa berair. keadaan amat tidak selesa sekali. Badan gua terasa lemah, terima kasih pada rhinovirus yg menjadi punca keadaan gua.

Mungkin keadaan cuaca panas dan hujan tidak menentu menjadi punca kepada keadaan gua pada waktu ini. Rasa seperti mahu berjumpa doktor dan mengambil MC saja.

Ya, mungkin gua patut ambil MC saja dan besenang senang di rumah.

P/s: Bestnya dapat ubat dan berehat di rumah dari dapat ubat dan pergi kerja!

2009-03-20

Selamat Pengantin Baru!


SELAMAT PENGANTIN BARU

Sepatutnya semalam gua kena pegi kenduri member gua kahwin kat Perlis. Tapi hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana kat opis gua dah ramai orang cuti. Apa2 pun gua berdoa semoga dia akan berbahagia hingga ke anak cucu. Nanti gua bagi hadiah kat ko ye Pijan.

P/S: Sorry gua cilok gambar lu dari Facebook! Jangan marah aarr..

2009-03-19

main sepak kaki

"Gua bukan satu kelas dgn Shin Chan!"

Dulu masa gua budak sekolah lagi, gua suka main sepak-sepak dengan budak kelas gua. Bukan sepak kuat2 la, sepak slow je. Kadang2 kalau ada member jalan kat depan, gua dengan selamba lepak akan sepak kaki member gua dan perlakuan yang sama juga akan terjadi pada gua kalau gua jalan kat depan dorang. Biasa yang disepak akan tersadung, tapi tak la sampai jatuh tergolek!

Mungkin nampak kasar, tapi bagi kitaorang benda tu memang dah jadi cara bergurau. Masing2 pernah kena, selalunya orang yang di depan jadi bahan sepakan, jadi untuk mengelak jadi bahan sepakan "ala bangang", kena selalu berwaspada.. kalau lalai sikit confirm kena penyepak kat kaki.

Pernah jugak kitaorang cari kerusi, sepak 360 darjah sampai kerusi tu stand balik, tapi bukan kerusi kayu la.. mau bengkak kaki kalau buat dgn kerusi kayu. Siapa dapat buat memang power. Permainan ini juga diberi nama "permainan merosak harta benda sekolah".

Itu dulu, sekarang dah nak jadik Bapak orang, gua dah tak boleh main sepak-sepak, silap tempat gua kena penyepak kat muka!

P/S: Pernah kena sepak masa main bola! sakit siooottt~

2009-03-18

Ali Baba dan 40 Penyamun


Gua bukak pintu, apa yang gua nampak sekeping kertas bertanda X dilekatkan pada pintu rumah gua.

Mula-mula gua ingat 40 penyamun buat tanda X, dorang ingat ini rumah Kassim Baba! rupanya Kementerian Kesihatan nak buat semburan kabus.

Punya lah malas nak buat kerja, dorang tak ketuk pon rumah gua, lepas tu claim takde orang kat dalam rumah! Gua menempek kat depan TV kat ruang tamu boleh kata takde penghuni.

Rumah yang tiada penghuni tak kena sembur! So, rumah gua terlepas dari semburan kabus!

P/S: Rumah depan pon dapat tanda X jugak!

2009-03-17

Gitar tua

"melepak di sudut rumah"

Ini gitar gua, sudah tua dan agak usang, pemberian dari isteri gua masa birthday gua pada 5 tahun lepas. Ertinya sudah 5 tahun dalam jagaan gua. Gua baru saja angkut bawa balik rumah gua setelah beberapa bulan di tangan adik gua.

Gua sayang dengan gitar ini sebab isteri gua yang bagi dan gitar tua ini telah menjadi peneman di waktu gua kebosanan suatu masa dulu!

Dulu, semasa gitar ini masih muda, gua selalu bermain dengannya. Akibatnya tali gitar ini sering kali putus. Gua juga sudah tidak berapa ingat berapa kali gua tukar tali gitar gua, rasanya sudah banyak kali.

Sekarang gua sudah jarang bermain dengan gitar tua ini. Jari jemari gua jugak agak keras dan kaku menyebabkan kesukaran pada gua membentuk jari-jemari menjadi chord yang menghasilkan bunyi yang bagus.

P/S: Gitar sudah senja tapi hati masih muda! hahahaha~

2009-03-16

Buatan Malaysia


Gua suka dengar muzik, memang amat suka muzik. Gua mula kenal pada beberapa local band setelah diperkenalkan oleh kawan gua masa sekolah dulu (1994-1999). Gua amat suka muzik mereka hingga gua menjadi pengumpul koleksi hasil "local band".

Masa itu belum ada band dari seberang sehinggalah tahun 2000 bila Malaysia mula menerima limpahan band2 Indonesia. Bermula lah era kebanjiran band2 dari seberang hingga menyebabkan pemuzik dari Malaysia hampir "mati kelemasan".

Namun trend mula berubah secara perlahan, band2 dari Indonesia masih ada, tapi tidak lah begitu "meriah" seperti sebelum ini kerana banyak band2 dari Malaysia yg berkualiti sama bagus atau lebih bagus dari band2 dari seberang! Lagipun dah muak la asyik dengar lagu hampir sama je, muziknya pun sama..takde beza pon.

Kenapa kita suka sangat pada muzik seberang? gua pun kurang pasti...

P/S: kalau org seberang, artis Malaysia yg dorang kenal cuma Search dan Siti Nurhaliza!

2009-03-12

Orang tua dalam kelas

Apa perbezaan antara sidang Parlimen di Malaysia dengan budak2 sekolah?

Bezanya budak2 sekolah kalau cikgu suruh senyap dorang akan senyap, tapi ahli2 "Yang Berhormat" kita bila Speaker suruh senyap, dorang buat tak tahu je.. yang sebelah pembangkang ke atau sebelah kerajaan sama saja, sampai ada yang kena halau keluar Dewan!

Nakal betul YB kat Parlimen.. Lepas ni Speaker bawak rotan baru tau~

Hahahahahaha.
"Budak darjah satu lagi berdisiplin"

"Budak2 nakal berstatus YB"


P/S: Gua pon pernah dihalau keluar! tapi gua bukan YB, gua budak sekolah je!

2009-03-11

kerja mesti mau stress!

"YA GUA TENGAH STRESS NGAN KEJE GUA SEBAB LAYAN CUSTOMER PEKAK"

Kalau hari2 angkat phone dapat customer pekak, keje sampai tekeluar anak tekak pon belum tentu dia faham! siapa kata Customer always right????
Photobucket
"PERLUKAH GUA BUAT MACAM NI BARU PAHAM?"

Ya gua akan buat macam yang di atas sekiranya kompeni ni gua yang punya! hahahahaha~ kena tanya bakal C.E.O lah??

2009-03-10

Otak simpan kat lutut

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak bapanya di atas tilam kerana dikatakan berang apabila mangsa tidak berhenti menangis.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Sungai Ara di sini, awal pagi kelmarin, bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata bayi itu meninggal dunia di HPP kerana kecederaan dalaman serta banyak kesan lebam.

Beliau berkata bapa bayi itu kini direman enam hari mulai semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dimasukkan ke Hospital Serdang sejak Jumaat lalu akibat cedera di kepala serta muka dipercayai didera pengasuhnya.

Menurut sumber, ibu bayi itu membawa anaknya ke hospital sebaik menemui kesan cedera pada kepala dan muka mangsa selepas diambil dari rumah pengasuh yang berusia 19 tahun itu di Puchong Indah. (H.Metro)

WEI GILA KE, BUDAK KECIK KORANG BANTAI! MEH LA BANTAI KUCING GUA KALAU BERANI!

kucing

"Kucing Gua tengah training"

2009-03-09

Ada apa dengan PPSMI

"PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002."

Gua setuju pun bukan, tak setuju pun bukan! cuma gua rasa banyak isu yg perlu dikaji. Bagus PPSMI ni, bukan tak bagus, perlaksanaanya mampu melahirkan pelajar2 yang mampu besaing, lepas ni boleh speaking london berapi, siapa dengar telinga berasap!

Cuma yg musykilnya cukup ke tenaga pengajar mahir? terutama sekali di luar bandar, lagi kesian pada budak2 yg tinggal kat pedalaman. Kalau yg tinggal di bandar tu tak kisah la, kalau tenaga pengajar tak cukup pun takpe, sebab kelas tuisyen bersepah, kalau kat pedalaman? kelas tuisyen kejadahnya? Cikgu mengajar Bahasa Inggeris pun tak cukup. Itu belum ambil kira buku teks dan alatan mengajar??

Apa kata mantapkan dulu pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris! sebelum menggunakan bahasa tersebut utk mengajar sains dan matematik!

Kalau sesiapa pernah bersekolah di kawasan luar bandar, terutama sekali kawasan pedalaman mesti faham bertapa isu kekurangan tenaga pengajar dan buku patut diselesaikan dahulu, bagi cukup dulu apa yg kurang, jgn besarkan lagi jurang perbezaan antara kawasan bandar dan pedalaman!

Kalau nak buat PPSMI pastikan tenaga pengajar dan alatan mengajar cukup dari segi kuantiti dan kualiti, pastikan budak2 di pedalaman dapat apa yg budak2 di bandar dapat! sila pastikan bangunan sekolah tidak berlubang, kipasnya boleh berpusing, kaki meja dan kerusi tidak tempang kalau pun kerajaan tidak mampu mengubah bangunan kayu kepada batu!

P/S: Dulu masa sekolah bila cikgu minta 5 perkataan omputih terus berpeluh! bila masuk Uitm buku tebal semua omputih!

2009-03-08

Cinta itu indah


HAPPY ANNIVERSARY
Hazri and Wahida

2009-03-04

Politik Ala PASOLA

Photobucket
"Ala Negara Pasir Dua Butir"

Nampaknya persidangan DUN tergempar semalam di bawah pokok dianggap tidak sah berikutan Perintah Mahkamah Tinggi menghalang speaker DUN V. Sivakumar dari membuat persidangan tergempar tanpa perkenan Sultan Perak.

Menurut pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), persidangan itu tidak sah dan melanggar aturan mesyuarat kerana dibuat 100 meter dari Dewan Undangan Negeri.

Sementara Penganalisis Politik terkenal, Prof Madya Dr Mohammad Agus mengatakan persidangan itu sah walau dibuat di atas pokok sekalipun! kerana DUN Perak hanya ditangguhkan dan bukan dihentikan. Sekiranya ditangguhkan, speaker DUN tidak perlu perkenan Sultan.

Gua ada jugak terbaca artikel berkenaan isu Perak ni, untuk membuat persidangan tergempar, speaker tidak perlu meminta perkenan Sultan, memadai menghantar notis rasmi. Ada juga orang kata perkenan sultan hanya diperlukan pada persidangan DUN pertama sahaja. Lepas tu tak perlu perkenan sultan. Ada juga yang kata, kena ada perkenan Sultan. Wei, mana satu daaa~

Ala, senang cerita, buat Pilihanraya Negeri.. bagi kuasa pada rakyat Perak untuk tentukan siapa pilihan di hati! siapa yang rakyat pilih, dia lah yang memerintah! susah sangat ke? ke ada yang takot kalah? hehehehe..

P/S: wahai tikar terbang, bawa aku ke negara pasir dua butir, zam zam ala kazammm!

2009-03-03

when the times ended!

Last saturday my office organized a futsal tournament, yes it's been an ages since the last time i step my foot inside the futsal courts, and i can't remembered when was it~

The result of not constantly playing futsal and exercising for a very long-long time is terrible, I'm exhausted to death and I'm played like i never play futsal before!

I'm losing my skill's, I can't run like before and I'm almost collapsed because of losing my breath. My legs shivering all the time and my reaction very slow! maybe I'm too old already, I can't even helped my team to win the tournament! What a loser~ Hahahaha!

It was tiring, but we still had fun! muahahahahaha

*me as a champion! in my dream la!*

*the black and white*

*sweating for good~*

*happy faces*

*more happy faces*

*makan2 time*

Formula sakit badan oleh Dr. Zulus:
Lama tak main futsal + langsung tak exercise