2009-03-16

Buatan Malaysia


Gua suka dengar muzik, memang amat suka muzik. Gua mula kenal pada beberapa local band setelah diperkenalkan oleh kawan gua masa sekolah dulu (1994-1999). Gua amat suka muzik mereka hingga gua menjadi pengumpul koleksi hasil "local band".

Masa itu belum ada band dari seberang sehinggalah tahun 2000 bila Malaysia mula menerima limpahan band2 Indonesia. Bermula lah era kebanjiran band2 dari seberang hingga menyebabkan pemuzik dari Malaysia hampir "mati kelemasan".

Namun trend mula berubah secara perlahan, band2 dari Indonesia masih ada, tapi tidak lah begitu "meriah" seperti sebelum ini kerana banyak band2 dari Malaysia yg berkualiti sama bagus atau lebih bagus dari band2 dari seberang! Lagipun dah muak la asyik dengar lagu hampir sama je, muziknya pun sama..takde beza pon.

Kenapa kita suka sangat pada muzik seberang? gua pun kurang pasti...

P/S: kalau org seberang, artis Malaysia yg dorang kenal cuma Search dan Siti Nurhaliza!

8 jeritan:

Anonymous said...

ish. ish. ish. tapi aku suka gak muzik dr seberang. takleh elak lah. hihih!

Anonymous said...

tapi bila dengar muzik dari seberangni,lama2 dengar sama je...local band lagi variety muziknya...

me3n said...

Tah, sedangkan orang indon yang membanjiri Malaysia secara harom pong dengar lagu local Malaysia!! Apekah pulak peranan kita??? Err ter-emo plak ehehe.

Marliza Radzi said...

Masa pegi Medan aritu, kat music store, cd artis kita yang ada cuma Siti Nurhaliza. Dan penuh satu rak. Semua album dia ada. Artis lain semua tak ada. Go figure. Heh.

The Zulus said...

Komen gua:

wahida: kenapa tak leh elak?

Lindawifey: sebab anda selalu dengar husband anda mengutuk band dari seberang?

ad3ck: kita main BABO.. sorry keluar tajuk!

Marliza: sebab Siti memang power!

MD Sukri said...

Kat Indonesia mne ad mainkan lagu M'sia di corong2 radio dorang. Klu ad pn CT sifir tu la.ha3.Bandingkan la kat M'sia lak.
Dlu..band M'sia naik sbb xbyk lagu Indon terjah ke dalam industri muzik tanahair ni.
TP...Bgus gak lagu indon masuk,ade persaingan sikit, baru la lagu melayu ni ada improvement.
***BAZOOKA***Ad bran?kih3.

Anonymous said...

cukup tak puas hati ada stesen radio malaysia siap ada carta utk lagu2 indon&yg paling menyakitkan hati dj2 nya jugak bercakap ala2 indon.eeeeiiii..menyampah..

Marliza Radzi said...

ya betul!