2009-03-10

Otak simpan kat lutut

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak bapanya di atas tilam kerana dikatakan berang apabila mangsa tidak berhenti menangis.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Masjid Sungai Ara di sini, awal pagi kelmarin, bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri dan dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata bayi itu meninggal dunia di HPP kerana kecederaan dalaman serta banyak kesan lebam.

Beliau berkata bapa bayi itu kini direman enam hari mulai semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dimasukkan ke Hospital Serdang sejak Jumaat lalu akibat cedera di kepala serta muka dipercayai didera pengasuhnya.

Menurut sumber, ibu bayi itu membawa anaknya ke hospital sebaik menemui kesan cedera pada kepala dan muka mangsa selepas diambil dari rumah pengasuh yang berusia 19 tahun itu di Puchong Indah. (H.Metro)

WEI GILA KE, BUDAK KECIK KORANG BANTAI! MEH LA BANTAI KUCING GUA KALAU BERANI!

kucing

"Kucing Gua tengah training"

9 jeritan:

Anonymous said...

marahnya dgn org yg tak berperikemanusiaan.baby pun diorg nak buat mcm tu.bukannya senang nak lahirkan seorg baby.tensi..tensi..tak sayang ke kat baby tu?

Anonymous said...

Ntahnye. aku pun heran. baby lagi tu! kejam! ish. ish. ish.

The Zulus said...

marah 2 bakal ibu! hehehehe~ tapi bakal ayah pon marah gak! kejam kan!

me3n said...

Bukan setakat bakal ayah dan ibu je yang marah, bakal C.E.O neh pong marah gak! huh.

Anonymous said...

"...dibawa ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan bomoh sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP)..." - what the *&^%#$?!!

Hahaha, kucing tgh training... lawak2...

MD Sukri said...

Camne ni, dri semalam kucen training.
Muscle x naik2. Ape kte training babun ayam plak?

The Zulus said...

Komen gua:

Hazri: aku pon tak paham, dorang tak tau ke pengeras tok moh lagi mahal dr hospital?

Qery: apebenda babun ayam tuh?

The Zulus said...

Komen gua:

Ad3ck: bakal C.E.O? hahaha~

Marliza Radzi said...

bodoh piang!