2009-03-09

Ada apa dengan PPSMI

"PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002."

Gua setuju pun bukan, tak setuju pun bukan! cuma gua rasa banyak isu yg perlu dikaji. Bagus PPSMI ni, bukan tak bagus, perlaksanaanya mampu melahirkan pelajar2 yang mampu besaing, lepas ni boleh speaking london berapi, siapa dengar telinga berasap!

Cuma yg musykilnya cukup ke tenaga pengajar mahir? terutama sekali di luar bandar, lagi kesian pada budak2 yg tinggal kat pedalaman. Kalau yg tinggal di bandar tu tak kisah la, kalau tenaga pengajar tak cukup pun takpe, sebab kelas tuisyen bersepah, kalau kat pedalaman? kelas tuisyen kejadahnya? Cikgu mengajar Bahasa Inggeris pun tak cukup. Itu belum ambil kira buku teks dan alatan mengajar??

Apa kata mantapkan dulu pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris! sebelum menggunakan bahasa tersebut utk mengajar sains dan matematik!

Kalau sesiapa pernah bersekolah di kawasan luar bandar, terutama sekali kawasan pedalaman mesti faham bertapa isu kekurangan tenaga pengajar dan buku patut diselesaikan dahulu, bagi cukup dulu apa yg kurang, jgn besarkan lagi jurang perbezaan antara kawasan bandar dan pedalaman!

Kalau nak buat PPSMI pastikan tenaga pengajar dan alatan mengajar cukup dari segi kuantiti dan kualiti, pastikan budak2 di pedalaman dapat apa yg budak2 di bandar dapat! sila pastikan bangunan sekolah tidak berlubang, kipasnya boleh berpusing, kaki meja dan kerusi tidak tempang kalau pun kerajaan tidak mampu mengubah bangunan kayu kepada batu!

P/S: Dulu masa sekolah bila cikgu minta 5 perkataan omputih terus berpeluh! bila masuk Uitm buku tebal semua omputih!

4 jeritan:

Anonymous said...

Dalang sebenar ialah yang memulakan PPSMI. Rakyat tidak bodoh dan tahu menghormati bahasa sendiri. Yang bodoh...

Baba Insyirah Iman said...

suruh hishamdin blajar sains mate gna bi di sk tagasan.nangis dia tu

Anonymous said...

diorg buat eksperimen dulu. byk kena dikaji semula. ish. ish.

The Zulus said...

Komen gua:

Tokakil: Kita tunggu dan lihat saja!

Ibnu Zulkafli: Kalau Hishamuddin bljar kat sk tagasan, kompom esok mintak berenti sekolah!

Wahida: betul, betul, betul, kaji kaji kaji!