"Ala Negara Pasir Dua Butir"
Nampaknya persidangan DUN tergempar semalam di bawah pokok dianggap tidak sah berikutan Perintah Mahkamah Tinggi menghalang speaker DUN V. Sivakumar dari membuat persidangan tergempar tanpa perkenan Sultan Perak.
Menurut pakar undang-undang perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), persidangan itu tidak sah dan melanggar aturan mesyuarat kerana dibuat 100 meter dari Dewan Undangan Negeri.
Sementara Penganalisis Politik terkenal, Prof Madya Dr Mohammad Agus mengatakan persidangan itu sah walau dibuat di atas pokok sekalipun! kerana DUN Perak hanya ditangguhkan dan bukan dihentikan. Sekiranya ditangguhkan, speaker DUN tidak perlu perkenan Sultan.
Gua ada jugak terbaca artikel berkenaan isu Perak ni, untuk membuat persidangan tergempar, speaker tidak perlu meminta perkenan Sultan, memadai menghantar notis rasmi. Ada juga orang kata perkenan sultan hanya diperlukan pada persidangan DUN pertama sahaja. Lepas tu tak perlu perkenan sultan. Ada juga yang kata, kena ada perkenan Sultan. Wei, mana satu daaa~
Ala, senang cerita, buat Pilihanraya Negeri.. bagi kuasa pada rakyat Perak untuk tentukan siapa pilihan di hati! siapa yang rakyat pilih, dia lah yang memerintah! susah sangat ke? ke ada yang takot kalah? hehehehe..
P/S: wahai tikar terbang, bawa aku ke negara pasir dua butir, zam zam ala kazammm!
4 jeritan:
dari pegi negara dua butir baik kita mintak tikar terbang bawak gi sabah.huhuhuhuhuhuhu...
tahun depan je la~
aku pun nk tikar terbang, senang gi KL jmpe Hazri. hihih!
p/s: kitorg tgh lepak ni, cutila kunun. hahah!
wei, main tipu cuti awal!
Post a Comment