2008-10-29

islam hadhari

Islam Hadhari menekankan aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam.

Mempertingkatkan mutu kehidupan bg melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian 10 prinsip utama;

  • Keimanan & Ketakwaan Kpd Allah
  • Kerajaan Adil & Beramanah
  • Rakyat Berjiwa Merdeka
  • Kuasai Ilmu Pengetahuan
  • Bangun Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
  • Kehidupan Berkualiti
  • Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita
  • Keutuhan Budaya & Moral
  • Pemeliharaan Alam Semulajadi
  • Kekuatan Pertahanan

Contoh- contoh islam hadhari yang dipraktikkan di Malaysia?

2 jeritan:

Anonymous said...

Aku x faham betul la konsep Islam Hadhari ni... Islam tu ada satu je.. semua di bawah satu panji... kenapa perlu nak beza-bezakan? Malu bile non-Muslims tanya: "Adakah Islam Hadhari satu agama baru?"

The Zulus said...

tu la pasal! Tun M dulu memperkenalkan Malaysia dgn pembangunan dan pemodenan... Pak Lah tak tau nak buat apa, pasal tu kot dia guna Islam Hadhari~ hahahahaha! kunun2 jadi sumbangan dia! Kira Mazhab baru dari Pak Lah kot!