2008-11-24

Setahun setelah~

Hari ini 24 november 2008, secara rasminya sudah genap setahun setelah gua menamatkan zaman bujang gua.

Macam2 pengalaman yang gua dapat dalam setahun ni, bukan senang nak jadi husband orang, itu baru jadi husband orang kalau dah jadi bapa orang lagi bertambah2 tanggungjawab~

Apa2 hal pun gua kena cakap terima kasih sama isteri gua kerana tahan dengan perangai gua, kata2 kejam gua, dan juga benda2 karut yang gua pernah buat.


ikhsan nice stupid playground "miracle"

2008-11-20

gua dan encik otot

Semalam gua main badminton! terasa janggal sebab sudah lama gua tidak memegang racket badminton. Rasanya sudah hampir 3 atau 4 tahun atau lebih lagi? dulu masa sekolah gua hari2 main badminton selain dari bolasepak and takraw~

Boleh dikatakan gua memang aktif sport masa sekolah dulu, macam2 sport gua ikut.. tapi lepas masuk Uitm dan ditambah pula gua mengalami kecederaan (torn ligament) gua jadi slow sikit dan badan gua pulak semakin membesar disebabkan hanya otot mulut sahaja yg bergerak (sebab makan je)~

Tapi seronok juga dapat lepas gian main badminton, tapi itu lah, baru main 3 set dah macam nak pengsan~ dan sekarang badan gua dah rasa sakit2 dan terasa sengal mungkin di sebabkan muscle2 dan urat2 saraf gua terlalu lama tidak bersukan!

next week nak main badminton lagi la~

2008-11-17

main bugel-bugel~

Sungguh lawak sekali bila gua membaca berita mengenai Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mahu berbugel (bogel) dihadapan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah sebab memprotes kenaikan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250. Ketua Pengarah JAIS akan mengambil tindakan pada Reformis yang berkeras melakukan aksi bugel.

tak malu ke nak bugel? protes tu takde la masalah..yang korang nak bantai bugel tu apahal? tahap protes di Malaysia dah sampai main bugel-bugel pulak ke~ lepas ni naik harga minyak kita bugel depan opis PM, naik harga gula, naik harga tepung, naik harga beras kita bugel depan kilang atau depan kedai runcit! naik harga roti canai, harga milo ais, kita bugel depan restoran mamak! tak kan macam tu kot~ memang species tak tahu MALU nih~


tapi gua tak pasti sama ada protes berbugel ini dibuat sepenuh bugel atau separuh bugel! dua-dua pun gua anggap tak senonoh~ selagi ada perkataan BUGEL!
Apa-apa hal pun "tahniah" kepada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang berani me'reformasi'kan protes ala jalanan kepada aksi bugel, Walau niat mereka baik, seharusnya ada cara yang lain untuk buat protes! MATLAMAT tidak seharusnya MENGHALALKAN cara~jangan buat perangai Shin Chan!

2008-11-14

internet addiction

i read interesting topic in the internet today, it's about Internet addiction disorder. First thing i do is find out what is internet addiction? thanks to Wikipedia hehehe. However experts still arguing about the terms to be used on internet addiction disorder or whatever~. The terms that accepted for excessive internet use is Problematic computer use or pathological computer use, not addiction.

i also found this website that can measure our addictiveness to the internet, and i scored 57 points which conclude that i' am "experiencing occasional or frequent problems because of the Internet and i should consider their full impact on my life". WTF??~


should i reduce surfing the internet? i just planning to have broadband! sigh~ but im sure that 57 points is not making me an internet addict! so the broadband is on! hahahahaha

use the net.. dont make the net use you~ or you will be stuck forever! (sungguh sengal~)

2008-11-11

melayu tak akan hilang di dunia

Amerika mencatat sejarahnya yg tersendiri setelah lebih 232 tahun bebas dari jajahan. Dunia gembira bila Barack Obama ( berkulit hitam) telah dinobatkan sebagai "Big Boss rumah putih". Angin perubahan ni secara tidak langsungnya sampai ke Malaysia.

Gua terbaca satu BLOG yg ditulis sendiri oleh Lim kit Siang presiden DAP, berkenaan kemenangan Barack Obama sbg Presiden berkulit hitam pertama di U.S. Persoalan yg Si Lim cuba timbulkan ialah mengenai bolehkah Chinese, Indian atau bangsa lain selain Melayu menjadi PM?

Sebelum ini terdapat suara2 sumbang mempersoalkan ketuanan melayu hingga menyebabkan geng2 sultan dan Agong mengeluarkan statement meminta "kontrak social" yg telah lama dipraktikan tidak dipersoalkan!

yang gua tak paham ialah kenapa la si Lim sibuk sangat pasal nak jadi PM? sebab nak ikut Amerika ke? atau sebab rasa Malaysia akan jadi lagi gempak kalau PMnya bukan Melayu? atau dia rasa sudah sampai masa Malaysia di tadbir oleh bukan Melayu?

Adakah kerana UMNO sudah kehilangan taring selepas pilihanraya March lalu? menyebabkan suara ketuanan Melayu sudah menjadi samar dan semakin perlahan? atau masalah dalaman UMNO akan menghancurkan isinya secara sedikit demi sedikit? atau si kepala di dalam UMNO masih tidur dibuai mimpi indah? kadang2 gua rasa orang Melayu bukan menyampah dengan UMNO tapi menyampah dgn si kepala yg menjadi nakhodanya~

atau kita mengharapkan si anwar dapat melindungi hak bangsa melayu? sedangkan si anwar juga memerlukan bantuan gengnya dari DAP hingga terdapat khabar angin si Lim akan menjadi Timbalan sekiranya anwar menjadi PM? adakah itu punca beliau senyap sunyi?
si Lim sibuk mengenai ketuanan Melayu sedangkan di Singapura "ketuanan Cina" yg masih berkuasa dan tidak bersedia mempunyai PM dari bangsa lain? apa kes..
Si Lim membandingkan Malaysia dgn Amerika..kenapa tidak membandingkan Malaysia dan Singapore? Malaysia umur baru 51, Amerika dah 232 tahun. Si Lim ni dah dibagi betis nak peha..bagi penyepak baru tahu~ apa kurang lagi tinggal di Malaysia? semua boleh dapat...tengok kat jalan siapa naik kancil siapa naik BMW? Melayu naik kancil cina naik BMW~

Gua bukan UMNO, bukan KEADILAN bukan PAS.. dan gua juga bukan racist hahaha~ gua cuma MELAYU yg cintakan KEAMANAN~