2008-12-30

Tangisan palestine

"Ya Allah, Selamatkan lah Qiblat Awal kami dari musuh-musuh islam"


"Muhammad al-Durrah 12 tahun, terbunuh dlm serangan Israel dan menjadi ikon intifada"


Sekali lagi Rejim zionis menunjukan kekejaman mereka apabila menggunakan serangan udara ke atas bandar Gaza.

Dikatakan angka kematian sudah mencecah lebih dari 360 orang Palestine. Serangan ini beralasan utk menghapuskan pejuang Hamas, namun yang terbunuh kebanyakan adalah kanak2 dan wanita.

Marilah sama2 kita berdoa untuk rakyat Palestine yang berjuang untuk kedaulatan agama, negara dan bangsanya.

2008-12-28

Awek oh Awek


Dikatakan penulis blog hina Nabi SAW
(www.adibahahmad.blogspot.com)
Gambar awek ni gua dapat dari TranungKite.net, dikatakan ini lah muka orang yang menjadi penulis blog yang dikatakan menghina Nabi SAW. Memang berani, siap boleh letak nombor telefon lagi kot2 siapa yang berkenan dengan dia. Gua cuba jugak buka blog ni, tapi dah kena removed la..

Tapi menurut sumber BERNAMA awek ini telah berjumpa dengan Ahmad Shabery dan cakap blog ini bukan dia punya, kerana seseorang telah menggunakan identiti beliau untuk mewujudkan blog yang dikatakan menghina Nabi SAW. Menurutnya dia dah buat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia untuk menyiasat bangsat yang membuat angkara.

Yang menjadi kekeliruan, si awek kata dia telah mengesan kewujudan blog tersebut beberapa bulan lepas, tapi dalam gambar di atas terang2 blog baru didaftarkan pada December 2008? Adakah benar bahawa blog ini dibuat oleh orang lain dengan tujuan memfitnah si awek? Kalau betul dia kena fitnah, memang teruk perangai orang yang memfitnah, tapi kalau dia yang buat, cepat2 lah bertaubat ye!wallahualam~

2008-12-26

selimut putih

Hari ini secara tiba2 gua teringatkan lirik lagu selimut putih, liriknya seperti berikut:

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Terbujur badan dan kedinginan,
Tak ada lagi gunanya harta,
Kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal di dunia,
Itulah hanya pembela diri,
Janganlah mahu dikenang-kenang,
Engkau digelar manusia agung,
Sedarlah diri tahu diuntung,
Sebelum masa lkerenda diusung,
Datang masanya insaflah diri,
Selimut putih pembalut badan,
Tinggal semua yang dikasihi,
Berbaktilah hidup sepanjang zaman...

Pada 23hb lalu pada pukul 10.30am gua mendapat panggilan dari kakak sepupu saya dari Penang utk mengkhabarkan pemergian nenek saya ke rahmatullah.

Memang terkejut kerana sebelum ini gua pernah tinggal dan menjaga arwah nenek gua, terkilan ialah sebab tak sempat menatap wajah beliau buat kali terakhir kerana sewaktu tiba di Penang, jenazah beliau telah selamat dikebumikan, isteri gua lebih terkilan sebab dia pernah menjaga nenek gua lebih dari 2 tahun sebelum ini.

Semasa berada dikubur terasa sayu jugak, kawasan perkuburan senja itu sunyi, cuma kedengaran bacaan yassin oleh gua dan adik gua sahaja. Walau sedih tapi redha sebab ajal maut ditangan tuhan, kita tak akan dapat menyangka bila masa dan tempat kita dijemput pulang.

2008-12-22

Setan Merah Juara!




The Red Devils become the first English club and the second European club to win the Club World Cup after 1-0 victory over LDU Quito from Ecuador. LDU Quito are the south american champions after won the 2008 Copa Libertadores.

The FIFA Club World Cup, formerly known as the FIFA Club World Championship, is a football competition where it involve clubs from all six continental confederations and the winner of the tournament will be crowned as the best team in the world.

The Club World Cup 2008 was held at the International Stadium Yokohama and attended by 68,682 people.

"The not so called handsome player is the best player of the tournament"

The 73rd minute goal from player of the tournament Wayne Rooney gave United a deserved victory.

2008-12-20

P36 K.Terengganu menjerit



Tanggal 17 Januari 2009 akan menyaksikan pertembungan 2 parti politik yang berasal dari rumpun yang sama, bangsa dan agama yang sama, namun berbeda dasar penekanan dan perjuangan. Tarikh 17 Januari 2009 memberikan sekali lagi kuasa pada rakyat K.Terengganu utk menentukan dasar perjuangan mana yg menjadi pilihan mereka.

Parlimen K. Terengganu mempunyai lebih 80 ribu pengundi berdaftar dimana 88% merupakan Melayu. Pada Pilihanraya Umum yg ke-12 Mac lepas, calon Umno telah berjaya memenangi Kerusi Parlimen P36 dengan 32,562 undi sementara Pas dengan 31,934 undi dan calon bebas dengan 685 undi.

Umum akan menantikan keputusan pilihanraya P36, dan gua percaya kempen akan dibuat secara besar-besaran. Maka K.Terengganu akan berpesta bendera serta poster bewarna biru dan hijau. Semua mata, telinga dan mulut akan tertumpu ke K.Terengganu.

Apa yang pasti kemenangan di K.Terengganu akan mempengaruhi moral kedua2 parti. Mampukah UMNO bertahan? atau mampukah PAS merampas K.Terengganu? kita tunggu dan lihat.

2008-12-15

kancil melompat tebing~

Gambar ni gua ambik sabtu lalu, gua pelik sebab macamana kancil ni boleh terbabas kat selekoh kawasan apartment gua duduk. Kesian kat owner Myvi putih tu sebab tak pasal2 kereta dia jadi mangsa.

Gua rasa memang driver kancil tu bawak laju sebab gua dengar bunyi ekzos yang kuat sebelum tu, rasanya driver tu tak boleh control and then kasi hentam itu tebing. Nasib baik hentam itu tebing dulu, kalau tak mesti Myvi tu lagi jahanam. Nasib baik hentam Myvi, kalau hentam orang?





Budak berbaju merah itu lah driver kancil tersebut~ nak kata mabuk hari masih siang lagi! atau si driver kancil cuba meniru gaya drift macam dalam movie!

2008-12-08

Hari Raya Aidiladha



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

2008-12-04

superhero zaman kanak-kanak

Tiba-tiba gua terkenang zaman kanak2 gua dulu. Antara perkara yang gua paling suka ialah menonton rancangan kartun. Jadi 20 tahun dahulu waktu pagi dan petang gua banyak di isi dengan terpacak didepan TV menunggu rancangan2 kartun kegemaran gua. Antara kartun2 yang menjadi kesukaan gua pada masa itu ialah:

Ultraman: Kartun dari Jepun, yang boleh bertukar saiz yg besar dan melawan raksasa2 ganas. Kebiasaannya Ultraman mempunyai banyak ahli keluarga yang turut sama menentang raksasa2. Di badan Ultraman terdapat lampu biru yg akan bertukar menjadi merah sekiranya Ultraman menjadi lemah dan setiap kali menang Ultraman akan membawa mayat raksasa2 tersebut ke luar angkasa.
Superman: Merupakan superhero yg berasal dari planet kryptonite. Superman dihantar ke bumi semasa kecil lagi oleh ibu dan bapanya sendiri kerana planet asalnya akan musnah. Superman boleh terbang dan mempunyai kekuatan yg amat luar biasa antaranya tidak lut oleh peluru atau apa saja jenis senjata di bumi. Bagaimanapun, Superman akan menjadi lemah setiap kali berdepan dengan batu kryptonite yg warnanya hijau.
Spiderman: Merupakan manusia biasa yang mendapat kuasa setelah digigit oleh labah2. Mempunyai gerakan yang pantas dan sering kali bergayut ke sana sini dan menentang penjenayah.
Batman: Tidak mempunyai kuasa luar biasa, tapi menentang jenayah dengan menggunakan gadget atau alat yang tersangat moden. Sering kali berpeleseran di Gotham City bersama dengan keretanya yang dinamakan Batmobile.

2008-12-02

dikala bulan senyum

Hari ini hangat diperkatakan dlm helaian surat khabar mengenai fenomena bulan senyum. menurut berita harian yg turut menempel gambar tersebut sbg gambar pilihan, kejadian bulan senyum semalam memperlihatkan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai orang tersenyum. Fenomena luar biasa astronomi ini dikatakan hanya berlaku 5 tahun sekali.

tapi tanpa rakyat Malaysia sedari, sebenarnya kejadian luar biasa ini telah pernah berlaku pada bulan March tahun ini. Kejadian "bulan senyum" ini terjadi apabila parti2 yg menggunakan logo bulan sama ada bulan penuh atau sabit berjaya merampas 4 negeri termasuk 1 negeri yg telah lama mereka genggam. hahahahahaha~