2008-12-04

superhero zaman kanak-kanak

Tiba-tiba gua terkenang zaman kanak2 gua dulu. Antara perkara yang gua paling suka ialah menonton rancangan kartun. Jadi 20 tahun dahulu waktu pagi dan petang gua banyak di isi dengan terpacak didepan TV menunggu rancangan2 kartun kegemaran gua. Antara kartun2 yang menjadi kesukaan gua pada masa itu ialah:

Ultraman: Kartun dari Jepun, yang boleh bertukar saiz yg besar dan melawan raksasa2 ganas. Kebiasaannya Ultraman mempunyai banyak ahli keluarga yang turut sama menentang raksasa2. Di badan Ultraman terdapat lampu biru yg akan bertukar menjadi merah sekiranya Ultraman menjadi lemah dan setiap kali menang Ultraman akan membawa mayat raksasa2 tersebut ke luar angkasa.
Superman: Merupakan superhero yg berasal dari planet kryptonite. Superman dihantar ke bumi semasa kecil lagi oleh ibu dan bapanya sendiri kerana planet asalnya akan musnah. Superman boleh terbang dan mempunyai kekuatan yg amat luar biasa antaranya tidak lut oleh peluru atau apa saja jenis senjata di bumi. Bagaimanapun, Superman akan menjadi lemah setiap kali berdepan dengan batu kryptonite yg warnanya hijau.
Spiderman: Merupakan manusia biasa yang mendapat kuasa setelah digigit oleh labah2. Mempunyai gerakan yang pantas dan sering kali bergayut ke sana sini dan menentang penjenayah.
Batman: Tidak mempunyai kuasa luar biasa, tapi menentang jenayah dengan menggunakan gadget atau alat yang tersangat moden. Sering kali berpeleseran di Gotham City bersama dengan keretanya yang dinamakan Batmobile.

7 jeritan:

Anonymous said...

err aku suka citer jepun yg kunun2 ada magical power tu dan Miss Comet yg comel!! main volleyball lagi! Sukalah!

The Zulus said...

oh, cerita tu..memang power main volleyball. siap pusing2 lagi hahahaha~

Anonymous said...

dan Merro Attack (betul ke eja?) juga!

The Zulus said...

rasanya betol dah tu~

Anonymous said...

Gua suka Teenage Mutant Ninja Turtle sebab diorang berasal dari Teranu...

The Zulus said...

gua suka juga TMNT, terutama skali leonardo sbb dia pakai kaler biru~

Marliza Radzi said...

suka otomen!