2009-05-27

Taman Tasik Shah Alam

Sape tak kenal Taman Tasik Shah Alam, budak2 UiTM mesti tau tempat nih. Dekat je ngan UiTM. Sabtu lepas tetiba isteri gua kata nak jalan2 kat Taman Tasik, nak excercise kunun2.

Gua kebiasaanya pada hari sabtu lagi suka dok umah tido. Tapi dek kerana si isteri ingin excersice gua menurut saja.






Lama tak menapak kat Taman Tasik, dulu time gua masih student banyak kali gak la gua menapak kat Taman Tasik, tapi masa matrik je la, masa tu tak tau ape benda pon. Nak pegi kompleks PKNS naik BAS MINI PINK KALER atau menapak lalu TAMAN TASIK. Sekarang mana ada dah BAS kaler pink tu dah jarang nampak? atau memang dah tak wujud?

P/S: Gua sempat juga merasa BAS Uitm kaler hijau...

2009-05-25

guna gam?


Macamana botol spray tu tak jatuh? pelik kan?
Empunya keta letak gam kot? muahahahaha...

2009-05-18

Selamat Pengantin Baru!

SELAMAT PENGANTIN BARU





"Sila klik gambar untuk size boleh tengok"

Oleh kerana gua sibuk dua tiga menjak nie, gua tak menyempat nak upload gambar member gua kahween, apa2 pon gua ucapkan TAHNIAH buat Keep & Adis, moga kekal ke anak cucu.. AMIINNNNNN!

2009-05-12

Kame hame ha

Akibat takde otak, buat KAME HAME HA kat anak sendiri..

Photobucket

Patutnya Bapak budak ni kena terajang macam nie jeee....

Photobucket

P/S: kesian kat budak tu kan...... tapi memang kiut jer dia jatuh terlentang!

2009-05-11

Drama TV

Starring: Nizar and Zambry
Extra: All Perak Adun.
Director: PNC
production: Bullshit Entertainment Sdn Bhd.


VS


The court has decided that Nizar are the rightful Menteri Besar, enuf said! just dissolve the Assembly and call for fresh state election, give Perakian power to choose their government!
NO MORE DRAMA!

P/S: Drama TV pun tak complicated macam Perak punya issu daaaaaaa~

2009-05-10

Selamat Hari Ibu


UNTUK SEMUA UMI, IBU, EMAK, IBUNDA, MAK SELURUH ALAM MAYA, GUA SAYANG ANDA SEMUA

yang benar
GUA BUDAK NAKAL

2009-05-07

Hospital kerajaan vs Swasta


Semalam gua tengok rancangan 360 di TV3, ala yg ada si Mazidul tu. Kali ini isu yg dorang paparkan ialah mengenai "service" hospital gomen. Beberapa hospital gomen telah menjadi mangsa dan "bahan siasatan" geng 360.

Apa yg menariknya gua ada terbaca mengenai pengalaman mereka yg pernah "berkunjung" ke hospital gomen ada yang "pengalaman ngeri" dan ada gak yg dapat pengalaman yg ok. Kebanyakan cerita waktu bersalin.

Gua bukan nak story pasal kemudahan hospital gomen, gua tau teknologi hospital gomen dah maju dan tip top, kadang2 sepital private pon refer kat sepital gomen, tak macam dulu, cuma yg kurang enak didengar ialah berkenaan perangai kurang sopan staf aka misi yang bertugas.

Banyak kali juga gua dengar kalau setakat kena herdik dek makcik2 misi tu dah jadi standard service dorang. Belum lagi yang tunjuk muka masam, senyum la sikit, bukan rugi pun. Tau la hospital gomen tak kena charges mahal, tapi korang yg kerja kat situ dibayar gaji, bukannya free.

Ada orang cakap bukan semua orang kat sepital gomen macam tu, ikut nasib la, nasib tak baik dapat la jumpa makcik2 misi yg ganaz, kalu nasib ok dapat la makcik misi yg ok.

Gua dan wife gua plan pegi Pusrawi, dekat je dengan rumah tak sampai 10 minit boleh sampai. Lagipun ada member gua pernah cakap, kalau sayang kat bini hantar pegi sepital private.

P/S: Duit boleh carik lain, bini pun boleh carik lain, tapi tak sama dgn bini sekarang!

2009-05-06

tak sama


Gua tulis blog ini bukan kerana gua mahu membuat promosi atau iklan tidak berbayar bagi kedua2 restoran ini, sebabnya gua tak pernah makan di restoran tersebut dan juga mana2 restoran chinese sepanjang hidup gua dan tidak jugak dibayar oleh pemilik restoran tersebut utk meletakan gambar restoran mereka dalam blog gua.

Tapi gua baru perasan nama restoran tersebut hampir2 sama walhal gua sudah beberapa kali melepak dihadapan restoran tersebut, satu kat Damansara satu lagi kat Subang. Agak2 dorang ni kenal satu sama lain tak??

p/s: saja nak update blog..kuang kuang kuangggggg~