3 years ago
2009-06-14
putar putar sampai pening
Hidup mesti ada pilihan, kalau takde pilihan mesti tak best. Makan pun mesti mau buat pilihan, terpilih yang tak sedap mesti rasanya pon tak sedap. Pakai baju pon mesti mau buat pilihan, terpilih baju yg tak cantik, mesti jadi tak cantik. Muka hensem tapi baju tak cantik.. mesti ada orang komplen, baju ko teruk ahhh~harap muka je hensem...
Itu baru makan ngan baju, banyak lagi benda2 yang kita kena buat pilihan, silap pilih rosak binasa. Gua rasa hidup dan pilihan macam gula dalam air sirap, kalau kurang gula sirap jadik tawar kalau banyak gula nanti terlebih manis.
Ramai yg hidup tunggang terbalik sebab tersalah pilih jalan hidup, tapi nama pon manusia, mesti nak salahkan takdir, tak pon salahkan orang lain. Minta kerja kat gomen pastu tak dapat, salahkan kabel tak cukup kuat, tak dapat naik pangkat, kata bos poyo, tak dapat naik gaji kata kompeni kedekut.
Jumaat lepas gua diberi pilihan, untuk kekal di department gua sekarang atau tukar ke department lain, department gua sekarang gaji ciput, sesuai la dengan kerja yang tak banyak atau gua pindah department, gaji naik la sikit dari yg sekarang tapi kerja banyak dari yg sekarang~
Gua dah tolak offer sebelum ni kerana hal2 yg tertentu, tapi dapat offer yg sama sekali lagi... gua pun tak faham, kenapa dapat offer yg sama 2 kali dlm sebulan? HR merangkap VP kat opis gua pujuk gua dengan berkata ini rezeki anak..mungkin kot?
Gua diberi masa selama 2 hari utk membuat pilihan, dan dlm masa 2 hari ni gua putar kepala utk membuat pilihan.. alangkah bestnya kalau gua boleh baling dadu untuk membuat pilihan, kalau lah semudah itu kan? MUAHAHAHAHA..
P/S: putar~putar sampai pening! saya putar halimmmmmm~
Tulis sebab
suka-suka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 jeritan:
Gaji sikit = keje sikit. Gaji byk = keje byk. Itu rumusan, ko kena tepuk dada, tnya selera. nk hadapi cabaran atau terus selesa seperti skrg. heh.
tapi lagi best kalau keje sikit gaji banyak kan? hahaha..tak bersyukur namanya tuh.
apapun decision en zulus,saya tetap sokong.chayooo!!!!
aku rasa ko & aku, kita jadi househusband je la, zul... hahahaha!
cubalah cubalah!
komen gua:
hazri: best kan kalau duduk umah, hujung bulan duit masuk...
marliza: rasa macam nak cuba jugak~
Post a Comment