2009-03-17

Gitar tua

"melepak di sudut rumah"

Ini gitar gua, sudah tua dan agak usang, pemberian dari isteri gua masa birthday gua pada 5 tahun lepas. Ertinya sudah 5 tahun dalam jagaan gua. Gua baru saja angkut bawa balik rumah gua setelah beberapa bulan di tangan adik gua.

Gua sayang dengan gitar ini sebab isteri gua yang bagi dan gitar tua ini telah menjadi peneman di waktu gua kebosanan suatu masa dulu!

Dulu, semasa gitar ini masih muda, gua selalu bermain dengannya. Akibatnya tali gitar ini sering kali putus. Gua juga sudah tidak berapa ingat berapa kali gua tukar tali gitar gua, rasanya sudah banyak kali.

Sekarang gua sudah jarang bermain dengan gitar tua ini. Jari jemari gua jugak agak keras dan kaku menyebabkan kesukaran pada gua membentuk jari-jemari menjadi chord yang menghasilkan bunyi yang bagus.

P/S: Gitar sudah senja tapi hati masih muda! hahahaha~

9 jeritan:

Anonymous said...

teringat masa memula nak belikan gitar tu utk besday boyfren saya(pada ketika itu dia adalah boyfren saya).dia mahukan gitar tu tapi malu2 nak bagitau hinggakan terpaksa pergi utk kali kedua bagi mendapatkannya.hehehehehe...

Anonymous said...

aik? apsal aku tak ingat ek ko penah dpt gitar dr Linda? Pelik bin Ajaib nih sb aku tak ingat. ish. ish. ish.

me3n said...

pekh ada nilai sentimental rupenye gitar tuh. nasib baik ku tak buat hempuk shahrul hari tuh eheheheh.

The Zulus said...

Komen gua:

Lindawifey: trimas! next nak gitar letrik satu?

Wahida: sebab pembelian adalah rahsia! hehehehehe...

Ad3ck: Ini kena report kat shahrul niat ko utk menghempuk dia!

Anonymous said...

Hahaha... "malu2 nak bagitau hinggakan terpaksa pergi utk kali kedua bagi mendapatkannya..." kiut la ko zul... hahaha!

Anonymous said...

kiutla hazri ko punya comment...

HASNIFALINA said...

hahaha.. lawak lah korang ni.. gitar sentimental.. simpan untuk anak ko plak

The Zulus said...

Komen gua:

Hazri: kiut? tidaaaaaakkkkk...

Lindawifey: ye gua setuju, hazri ko punya komen memang kiut...

hasnifalina: kompem gitar tu dah buruk bila time dia dah pandai berjalan

Anonymous said...

ey, mana boleh meng-kiut-kan org yang meng-kiut-kan ko dulu... (ko faham x ayat ni sb aku pn dah konfius.. wwarkhahaha!)