2009-03-31

Bukit Selambau dan Skuad Bola

"gua cilok gambar dari B.Harian"

15 orang? ish, dah boleh buat satu skuad bola sepak, siap pakej sekali dgn pemain simpanan tu. Apa hal la pulak sampai 15 orang nak bertanding kat Bukit Selambau?

Gua kesian kat pengundi DUN Bukit Selambau, mesti pening kepala nak pangkah mana satu. 15 orang yg offer diri jadi calon ni betul ke mampu berkhidmat utk pengundi? Daripada membazir bayar deposit yg sudah pasti akan hangus kalau kalah teruk, baik derma kat rumah anak yatim ke, kat fakir miskin ke, banyak lagi orang susah perlu bantuan. Entah-entah calon2 yg bertanding ni ada yg sponser kot? hehehehe...

Tak perlu jadi wakil rakyat kalau nak berkhidmat, banyak cara lain kalau nak sangat bagi khidmat pada masyarakat. Jangan susahkan pengundi.

P/S: Nasib baik makcik Maimon tak ikut, kalau tak jadi 16 orang!

7 jeritan:

me3n said...

kalau makcik maimon join, dia jadik team manager ehehehe.

The Zulus said...

macam team manager dgn project manager sama ke?

wahida said...

15 org dgn pelbagai lambang. ish. ish. aku pun pening walaupun tak terlibat mengundi. heh.

The Zulus said...

jom kita offer diri jadi calon... lagi ramai lagi meriah~ hahaha

me3n said...

boleh kira sama lah jugak ahahaha.

HASNIFALINA said...

alah, ramai2 tu pikir jelah.. yang bebas tu, apa yang dia bleh tolong rakyat? financially ? ingat senang ker? selalunya yang aku tau lah kan.. wakil bebas ni bertanding sbg boneka di atas kepentingan org lain.. erm.. jd undilah calon yang tepat.. n yang selalu ada untuk rakyat..bukan hanya ada time nak dekat mengudi je, bila dah menang.. nak tgk bayang pun susah.. menjadi wakil rakyat patutnya menjadi org yang mudah dalam semua segio.. meaning untuk kepentingan rakyat jelah.. patutnye ujung minggu pg pasar tani.., masuk2 kampung.. yes... teringat kenangan makcik maimon masa trip kite 4 org to terengganu.. hehehe

The Zulus said...

ye, kita cuba mencabut poster makcik maimon sbg kenangan.