Hari ini sudah masuk hari ke 11 saudara kita di Palestine di tindas dgn rakus oleh rejim Zionis. Angka korban sudah mencecah 555, dimana kebanyakannya ialah kanak2, wanita dan mereka yang tidak bersenjata, mana kala 2.500 lagi cedera menunggu saat kematian menjemput mereka kerana tiada sokongan perubatan yg sempurna.
Dengan adanya Bush sebgai "penyokong kuat" mereka, kekejaman dan kesombongan Zionis semakin menjadi. Sebagai Ahli tetap Majlis Keselamatan dan pemegang kuasa veto, Amerika menolak usul UN utk mengarahkan Zionis menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestine.
"sepatutnya Bush dilempar dengan Bom, baru dia tau macam mana rakyat Palestine rasa"
Negara2 Arab yg menjadi jiran Palestine juga lambat menghulurkan bantuan, sehingga kan Egypt (Mesir) telah menutup sempadannya dgn Palestine pada awal2 serangan Zionis. Ini telah menyukarkan rakyat Palestine menerima bantuan perubatan dari luar.
Dari Ibn Mas'ud R.A, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku saat kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)."
Sama2 kita berdoa untuk saudara Palestine kita, boikot barangan US.......
6 jeritan:
But bro...sadly...kdg2 kita pun hanyut dengan dakyah barat...nyawa rakyat palestin bagaikan tidak berharga...bersama-samalah kita boikot barangan US secara tidak langsung barangan israel...
But bro...sadly...kdg2 kita pun hanyut dengan dakyah barat...nyawa rakyat palestin bagaikan tidak berharga...bersama-samalah kita boikot barangan US secara tidak langsung barangan israel...
ya, betol2, amat setuju sekali!
Senangnya sesebuah negara nak takluk negara lain... aku tak dapat terima yang negara2 lain seolah-olah tak mampu buat apa2 - apa jaminan negara kita atau negara2 kecik yang lain takkan diserang dan ditakluk?
simpati sungguh! harap2 semua ini akan berakhir. Amin!
selagi yg negara besar mengamalkan sikap berat sebelah, maka negara2 kecil akan menjadi mangsa...
Post a Comment