2009-01-02

Sila pakai seat belt!


"Ikhsan NSTP"


"sila pakai seat belt belakang"

Semalam merupakan hari pertama operasi penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Untuk tarikh 1 Januari 2009 sahaja, 242 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai seat belt dibelakang.

Dikatakan penggunaan seat belt belakang boleh menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang di hadapan, kerana dgn kelajuan 50 kmsj, penumpang seberat 50 kg boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan hentakan sebanyak 2.4 tan, berat tu.. boleh kemik!

Peraturan berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan, kecuali
  • kenderaan didaftar sebelum 1 Jan 1995
  • kenderaan yg tidak mempunyai anchorage points & didaftarkan sebelum1 Jan 1995
  • kenderaan komersial termasuk teksi & kereta sewa.
  • kenderaan barangan
  • kenderaan lebih dari 8 tempat duduk tak masuk driver seat.
Gua mula2 takde la tau sangat maksud "anchorage points", penat jugak gua carik apa kejadahnya la benda "anchorage points", rupa2nya anchorage points tu kena ada, baru boleh pasang seat belt. So, kalau tak tau jugak, bawak je keta ke bengkel tanya mekanik. senang, setakat tanya je tak kena bayar pun~

Sekiranya sesiapa yg kantoi tak pakai seat belt dgn JPJ atau Polis ke, sedia je la. Hukuman bagi mereka yg tak guna seat belt rasanya denda hingga RM 2,000 (max), penjara setahun atau dua2 sekali. Biasa minimum RM 300 je kot,entah.. tak tau la kalau boleh buat rayuan berapa plak...

Kalau rajin jom klik sini


3 jeritan:

Anonymous said...

Baik ko suruh Linda prektis skrg sb lepas bulan 7 nanti, Linda kena duk belakang dgn 'orang baru', ko jadi drebar, duk depan sorg2. hahah!

The Zulus said...

ko pon kena start jugak... hahahaha~

Anonymous said...

aku dh praktis dh. hahah!