2008-09-26

Aku dan Raya


Hari raya akan menjelang tak lama lagi.. ini tahun gua beraya berdua sebab gua baru kawen, so tahun ni gua beraya dengan bini gua kat kampung dia..for the first time. Tahun-tahun sebelum ni gua beraya sorang-sorang, dalam erti kata lain gua tak beraya langsung, iye la..kampung gua nun jauh terpisah oleh laut cina selatan memang gua malas nak balik beraya, gua pun memang dah biasa beraya sorang-sorang. Tapi, ini tahun gua beraya dengan membawa title baru.. sebagai laki orang di kampung bini gua bersama dengan family bini gua..so, tak tau nak rasa apa, maybe lepas raya baru gua boleh cerita.
Gua ingat lagi raya tahun lepas gua dengan selambanya meng"offer" diri gua untuk bekerja, banyak juga la member-member gua sound sebab gua tak ambik cuti.. dorang siap kata bangla buat jalan pun cuti raya..aku yang sah-sah melayu ni boleh kerja. Gua bukan apa, dah gua tak balik raya, buat apa la gua nak layan perasaan kat umah sorang-sorang, baik gua kerja kan?
Tapi ini tahun lain sikit, untuk raya ni semua dah siap plan, colour baju raya pun dah decide 2 bulan sebelum raya.. puasa pun tak tau penuh ke tak..baju raya dah siap, ter'over' la pulak kan. Apa-apa hal, tahun ni baju raya gua nampak mcm meriah..macam biasa bagi mereka-mereka yang baru berkahwin atau yang dah lama kahwin, bini yang pilihkan. Bukannya sepasang, 2 pasang tau. Baju raya 3-4 tahun lepas pun masih ok lagi, kalau ikut gua yang selamba ni, confirm gua pakai jer baju raya lama. Di sebabkan untuk mengembirakan insan tersayang, gua mengalah juga dengan membuat baju raya yang baru (bukan gua buat la, kedai jahit baju yang buat).
Gua confirm, ramai antara kita berlebih-lebih bila nak raya, semua nak baru, baju baru, kasut baru, langsir baru, sofa baru, kereta baru pun ada, cuma tak ada lagi sampai ke tahap bini baru (hahahahaha).
Anyway, tahun ni gua akan merasa satu pengalaman baru beraya sebagai suami orang, mesti seronok. harap-harap semua orang bergembira setelah berjuang menahan hawa nafsu selama sebulan. Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.

P/S: Drive carefully, ingat orang yang tersayang. Dalam bergembira ingat pada mereka yang berduka.

2008-09-17

Hari ini 17 September 08~

Tarikh 16 Sept dah berlalu, tarikh yang di gembar-gemburkan menjadi hari dimana kuasa mentadbir Malaysia akan bertukar tangan. Semalam dalam berita pun sibuk memperkatakan hal yang sama. Masing-masing memberi pendapat yang berlawanan antara satu sama lain, sama ada dari pihak Gomen atau geng pembangkang~
Al-kisah Gua bukan minat sangat bab-bab politik nie, ambik tahu sikit-sikit je. Gua malas nak melayan politikus-politikus yang tak pernah puas dengan polimik atau gimik mereka mempermainkan segala isu tanpa mengira senstiviti bangsa atau kaum dan yang paling menakutkan cuba untuk mempergunakan agama sebagai topeng menutup "kejahilan" diri sendiri. Gua mula muak bila kedua-dua pihak mula menghancurkan sesama sendiri, walau berlainan ideologi politik, tapi kita tetap dari rumpun yang sama.
Perihal yang sedemikian rupa, bila orang tanya gua sokong mana punya golongan (pembangkang atau Gomen) gua cakap mana-mana je. Tak bermaksud gua macam lalang, tapi gua mendengar dulu, tak banyak sikit pun jadik ler, lepas tu berdiskusi dengan gua punya member-member yang tahu sedikit sebanyak mengenai pentas politik negara, dengar diaorang punya komen dan komplen, after that baru gua buat keputusan.
Anyway, berkenaan dengan 16 Sept, tarikhnya pun dah lepas, kedua-dua pihak baik pembangkang or gomen, masing-masing memberi alasan..so gua sebagai pemerhati cuma mampu menunggu apakah adanya polimik baru dari politikus-politikus di Malaysia, jangan kerana masing-masing ingin menjaga peranan dan kepentingan sendiri serta kroni-kroni mereka, maruah bangasa, agama dan negara hancur berderai, sedihkan.. Cayok Malaysia~!

2008-09-14

Kurang ajar @ terlebih ajar?


Tak tau nak start dari mana.. tapi disebabkan peristiwa yang berlaku semalam, gua merasakan gua perlu meluahkan segalanya dalam blog ni! Gua kurang pasti sekiranya semua orang pernah berhadapan dengan road BULLY, tapi gua amat pasti ada ramai yang pernah berjumpa dengan species yang macam ni.
Semuanya bermula malam semalam, semasa gua dan wife gua keluar untuk berbuka di Shah alam. On the way dari airport subang, gua take over satu kereta yang dah boleh dikategorikan sebagai kereta lusuh (gua confirm boleh buat tukun). Seperti yang tertera dimana-mana highway punya signboard, gua take over kereta tersebut menggunakan line paling kanan sekali.
Dijadikan cerita, selepas take over kereta tersebut gua pun dengan normalnya masuk balik ke line tengah dengan kelajuan 80km sejam. Selang beberapa puluh meter, terdapat sebuah lori..gua memberi isyarat ke line kanan dan cuba take over lori tersebut..dalam pada masa yang sama, kereta lusuh yg tersebut mengikut gua dibelakang dengan rapat, selepas melepasi lori tersebut gua kembali ke line tengah dan cuba memberi laluan pada kereta lusuh tersebut.. ala, kereta lusuh tu takde la laju macam Skyline pun.
Bagaimanapun, rupa-rupanya kereta lusuh tersebut cuba take over gua menggunakan line tengah sambil membunyikan hon berkali-kali.
Gua yang kurang pasti dengan masalah kereta lusuh nie..dengan perasaan amarah yang teramat sangat gua membalas dengan membunyikan hon juga berkali-kali. Demi menunjukan perangai ala-ala SAMSENGnya, si kereta lusuh tadi masuk ke line kiri dan menjerit-jerit macam orang kena rasuk dengan hantu! lagi teruk dari budak sekolah kena histeria. Tak cukup dengan itu, si kereta lusuh mengeluarkan tangan dari tingkap kereta dan memberi isyarat mengarahkan gua memberhentikan kereta.
Gua yang juga tak puas hati dengan perangai si kereta lusuh memberi isyarat ke kiri dan memperlahankan kereta untuk berhenti seperti yang diminta, tapi wife gua melarang gua dari berbuat demikian, beberapa kali gua cuba berhenti dan berkali-kali juga lah wife gua menasihati gua dengan alasan sekarang bulan Ramadhan, dia tak mahu gua terlibat dengan problem terutama sekali bergaduh...apa-apa hal pun keta kitaorang tehuyung hayang sebab gua pusing stereng belah kiri, wife gua pusing ke belah kanan..
Kesian dengan wife gua yang berkali-kali merayu supaya gua meneruskan perjalanan membuat gua kembali tenang, tapi tak sepenuhnya!
Selepas melihat gua bergerak, si kereta lusuh memecut dan bergerak ke depan kereta gua! tak habis-habis lagi kereta lusuh tersebut cuba mencabar kejantanan gua. Keadaan bertambah teruk apabila, si kereta lusuh cuba membahayakan diri gua and wife gua dengan tiba-tiba menukar line dan masuk di depan kereta gua. Gua terpaksa menekan brek beberapa kali kerana si kereta lusuh dengan sengaja menekan breknya beberapa kali didepan gua.
Gua yang dalam keadaan turut amarah dengan perangai samseng tersebut, take over kereta lusuh tersebut dan memecut meninggalkan si kereta lusuh, keadaan kembali tenang apabila si kereta lusuh masuk ke persimpangan lain.
Gua memang kalau ingat-ingat balik kan, memang bersyukur sangat sebab isteri gua larang gua berhenti kan kereta, kalau tak, gua confirm ada yang pecah kepala kena hempuk dengan batang besi kat bonet kereta gua! hahahahahaha..gurau je! kurang pahala amalan bila kita gaduh-gaduh, time puasa kena banyak bersabar~