2009-04-08

BN kena belasah

Selepas Permatang Pauh dan K. Terengganu, nampaknya undi rakyat masih pada geng pakatan, apabila 2 dari 3 pilihanraya kecil yg dibuat serentak semalam dimenangi pakatan. Kira BN kena belasah sampai 4-1 la sejak PRU ke12, nasib Sarawak kubu kuat BN, kalau tak gua confirm BN akan kalah di Batang Ai.

Apa yang pasti "kebencian" rakyat pada parti memerintah masih membara, selepas PRU ke-12 awal march 2008 lalu kekalahan demi kekalahan menghantui BN.

Pada tahun 2004 BN menang besar apabila Pak Lah mengambil alih "takhta" perdana menteri dari Tun Mahathir. Ramai jugak masa tu otai2 dari pembangkang kecundang bergolek dek terkena tempias peralihan kuasa tersebut.

Tapi kali ini peralihan kuasa dari Pak Lah pada Najib seperti tidak membawa apa-apa makna dan yg pasti tidak mampu meraih undi di Bkt Gantang dan jugak Bkt Selambau. Mungkin rakyat sudah muak dengan drama seperti itu.

Gula2 yg disogok sebelum pilihanraya (Pembebasan 13 orang tahanan ISA) juga tidak mampu merubah suara rakyat. Mungkin pahit, kelat, basi rasa "gula2" itu menyebabkan rakyat memangkah bulan!

Drama kembalinya Tun Mahathir kepada UMNO jugak tidak mampu meraih kepercayaan rakyat untuk memilih dacing. Mungkin aura Tun Mahathir tidak sekuat aura "kebencian" rakyat, akhirnya, kempen meraih undi oleh Tun sendiri juga tidak mampu menghalang kemenangan Pakatan.

Apakah keputusan 5 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, K.Terengganu, Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai) menunjukan bahawa BN sudah tidak relevan dalam memperjuangkan rakyat~??? sendiri mau ingat laaaaa....

P/S: Najib rampas "title" Menteri Besar Nizar, lepas ni Nizar boleh "jegil mata" dan tanya Najib dalam Parlimen la.. hahahahaha~

5 jeritan:

me3n said...

apakah peranan media? tak berkesan pong helah bagai tuh ehehehehe.

HASNIFALINA said...

ermmm nape bleh kalah ek kat bukit selambau tu.. ish ish ish musykil aku ... tak pelah rakyat telah bersuara.. ganesan tu bleh la p court ngan aman tenteram

The Zulus said...

komen gua:

ad3ck: rasanya media yg ada tak mampu lawan blogger2 anti govt kot..

hasnifalina: ko turun jadik peraih undi ke? ko kan puteri UMNO?

hazri said...

aku rasa PAS / PKR ada undi hantu la... warkhahaha!

The Zulus said...

komen gua: mana ada, dorang dah tukar kerja, bukan jadi pengundi tapi pelakon tambahan siri Keliwon!