2009-03-26

Kenapa eh?


Macamana Khairy boleh menang? persoalan yg menjadi tanda tanya pada gua, sebelum ini Khairy menang tanpa bertanding bagi jawatan naib pergerakan pemuda UMNO pada tahun 2004, hinggakan beliau menjadi mangsa "BOO" oleh perwakilan pergerakan tersebut.

Kali ini, Khairy sekali lagi menggunakan "magic" dengan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO menggantikan Hishamuddin. Yang gua pelik ialah bagaimana calon favourite (Mukhriz) kalah kepada calon yg pencalonannya nyawa2 ikan (Khairy)? kenapa eh?

Sebelum ini hangat cerita mengenai tindakan Lembaga Disiplin UMNO yg hanya memberi amaran kepada Khairy dan membenarkannya bertanding jawatan Ketua Pemuda dan pada waktu yg sama melarang Ali Rustam bertanding Naib Presiden, walhal kesalahan yg dibuat adalah kesalahan yg sama dibawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO. Kenapa eh?

P/S: orang kata cepat naik, cepatlah jatuhnya, betul ke? jom daftar jadi ahli UMNO

8 jeritan:

me3n said...

Senang je caranya. Hulur RM50. Aku rase la eheheh.

Anonymous said...

aku rasa sebab dia 'jambu' la... hahaha!

The Zulus said...

komen gua:

ad3ck: RM50 dapat berapa cucuk sate hj samuri ha?

hazri: bahaya tuh! mcm ada unsur2 gay disitu!

HASNIFALINA said...

erm.. aku dengar macam2 dari bapak aku yang baru balik persidangan.. gosip best ni.. aku pun cam tak setuju khairi menang atas apa juga alasan.. tapi tak pe,aku yakin najib akan sedia tempat untuk mukhriz sebagai menteri kabinet..maksudnya kalau dia pegagng menteri kabinet, dia lagi up dari ketua pemuda..memang aku pun musykil kenapa dia hanya menerima amaran dari disciplinary board..erm...???moral of the story, org yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah melarat.. aku masih tunggu bila agaknya politik malaysia kita ni nak menjadi bersih, telus dan amanah.. kesian rakyat yang tertindas...

HASNIFALINA said...

adik, rm 50 tu beli rokok pun tak lepas...

The Zulus said...

ko bila nak bertanding puteri UMNO?

Marliza Radzi said...

mukhriz bukan setakat kalah. kalah teruk. tak faham aku.

faham sebenarnya.

ada duit semua jadi.

HASNIFALINA said...

ko paham tak keadaan bila ko bersemangat waja gile...but ko kena masuk dalam existing grup yang ko tak berapa selesa.. camana nak buat ek?