2009-01-28

Gua terkena Tag

I was tagged by wahida, my first experience "kena tag"~ not sure how this game works but there are certain rules to be followed. This one need you to use Google Image to search the answer to the question below. Then must choose a picture in the first page of the results, and post it as an answer. After that tag 6 people. I give it a try *excitednye gua* dan inilah hasilnya:

I am


"shocked becoz Wahida tagged me"

I really
want to go to

"balik kampung kat Semporna"

My favourite place


"the earth"

My favourite thing is


"mesti ada kat gua everytime"

My favourite drink is

"mamak! teh O ais satu!"

My favourite food is

"food prepared by my wife"

I live in

"Selangor"

I was born in

"Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu"

I attended

"Budak Uitm mesti kenal"

My favourite story is

"Its going to be legendary-Barney"

This is my hobby

"read comics"

And I definitely wish for

"Allah forgiveness"

ok, sekarang gua nak tag HAZRI hahahahahahahaha!

2009-01-22

Gua suka Ayam goreng je!



"MAIN MACAM AYAM"

Mampukah pasukan harimau malaya kita melayakan diri ke World Cup 2018? adakah cita2 atau angan2 semata-mata? Semalam FAM telah menjawab sendiri soalan tersebut apabila Harimau Malaya tumpas tersungkur ditangan UAE di halaman sendiri. Itu baru pusingan awal kelayakan Piala Asia, dah kena teruk.

Dengan angka 5-0 memang cukup pahit untuk ditelan, semakin parah kecederaan Harimau Malaya yang sudah lama tempang. Persoalaannya kenapa? training tak cukup? makan tak cukup?

Menurut ranking FIFA kita berada di tempat ke 158. Pernah dengar St Kitts and Nevis tak? gua pun tak pernah dengar, ranking St Kitts and Nevis lagi atas dari Malaysia, tu tak kira lagi negara Vanuatu, Niger, Suriname, Burundi dan banyak lagi. Tak adil la gua nak sama kan dengan Brazil atau Argentina.

Beza kita dengan Palestine cuma 22 ranking je, Palestine sekarang berada di ranking 180, bayangkan Palestine, nak training pun payah, silap2 nak sepak bola tersepak bom.

Apa lagi yang kurang? kita dulu pernah layak sukan Olympics 1980, time tu South Korea dengan Jepun ketaq lutut kalau dengar nama Harimau Malaya.

Gua pun dah malas nak pegi stadium tengok Malaysia main, buat sakit hati je, silap2 habis gua hancurkan tempat duduk kat stadium. Bukan tak nak sokong, tapi tolong la main macam pemain profesional main bola, jangan main macam budak sekolah aku.

2009-01-20

Jangan tanya gua betul ke tak!

Aritkel ini gua dapat dari website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), memang mengejutkan. Kalau artikel ini ada benarnya, negara kita menghadapi masalah besar. Kalau artikel ini bersifat rekaan, adakah mungkin perkara seperti ini tidak mustahil?

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia


Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

sumber: ibnuyaacob


BOIKOT ISRAEL AND USA

2009-01-19

Betul ke tak gua tak tau!


Raya Cina dah dekat, lagi seminggu je.. baru2 ni gua terima email dari Bos gua pasal chinese New year oranges-worms.

Dikatakan cacing@ulat2 ni seakan serupa dengan texture buah orange, dan kerajaan China sendiri telah menghapuskan beratus2 tan buah orange tersebut, tapi takut juga kalau ada orang cuba mengaut keuntungan dengan menjual atau mengeksport buah2 orange yang "berulat".

Gua tau, ramai dari kita dapat banyak buah orange free time chinese new year, gua tak tau betul ke tak pasal nie, cuma kena berjaga2 la kot..

Gua pun tengah post entry ni sambil makan buah orange free...tapi terpaksa belek2 dulu ah~ hahahaha

BOIKOT BARANGAN USA dan SEKUTUNYA~

2009-01-13

FIFA World Player 2008

Cristiano Ronaldo deserved to be FIFA world player and become the first English based player to be crowned by such prestigious award when he had a successful 2007/2008 season with Manchester United by claiming Premier League and Champion League. The talented young player also bring Manchester United to its first FIFA World Club Cup title.


After received the FIFpro World Player of 2007/2008 award, European Footballer of 2008 award and be crowned as FIFA World Player 2008 there is no doubt that Cristiano Ronaldo is the best football player in 2008...

2009-01-08

Kalau Tahun Hijrah Berapa Eh?

"bersedia..untuk bertukar"

"bertukar menjadi super zulus"

Berapa ramai antara kita yang tahu pasal tarikh kelahiran kita melalui kalendar Islam atau hijrah? Biasanya bila orang tanya kita lahir bulan atau tahun berapa, kita mesti bagi tarikh masihi, mungkin dari dulu lagi kita dah diajar atau terbiasa dengan tarikh Masehi (gregorian). Gua pun baru je tahu yang gua lahir pada 22 Muharam 1403 menurut kalendar Islam atau Hijrah.

So, kalau nak tahu bulan atau tahun anda lahir dalam kalendar Hijrah, gua jumpa satu cara mudah, cuma download je Tarikh lahir hjrah. Lepas tu masukan tarikh lahir korang menurut tarikh Masehi, senang je....

P/S: gambar tiada kaitan dengan post kali ini!

calendar sources taken from Fiq online

2009-01-07

The Brave Hugo Chavez


"Arab leaders should follow Chevez steps"

After many Arab leaders failed in taking a real action to protest the ongoing Israeli massacres in the Gaza Strip that has killed over 660 Palestinians till now, Venezuelan President Hugo Chavez took the initiative and ordered the expulsion of Israel's ambassador to Caracas as calls mounted in Latin America for an end to the Israeli aggression.

Venezuela had already condemned Israel's attacks on the Gaza Strip and President Chavez on Monday referred to them as "genocide" and called the attacks a Palestinian "holocaust. Chavez also accused the US government of supporting the offensive.

Shortly before announcing the expulsion of the Israeli ambassador, Caracas said it would set up joint air support, with Arab and Muslim communities and other Latin American countries, to deliver medicine and food to Palestinians in Gaza:- Sources taken from Al-Manar TV.

As a Malaysian, I'm proud to say that we never had a diplomatic ties with the Israel. Malaysia and Chaves is an example that Arab leader should follow......and they must!

2009-01-06

zionis kurang ajar!

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimiliknya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agama Islam, matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.

Hari ini sudah masuk hari ke 11 saudara kita di Palestine di tindas dgn rakus oleh rejim Zionis. Angka korban sudah mencecah 555, dimana kebanyakannya ialah kanak2, wanita dan mereka yang tidak bersenjata, mana kala 2.500 lagi cedera menunggu saat kematian menjemput mereka kerana tiada sokongan perubatan yg sempurna.

Dengan adanya Bush sebgai "penyokong kuat" mereka, kekejaman dan kesombongan Zionis semakin menjadi. Sebagai Ahli tetap Majlis Keselamatan dan pemegang kuasa veto, Amerika menolak usul UN utk mengarahkan Zionis menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestine.
Photobucket
"sepatutnya Bush dilempar dengan Bom, baru dia tau macam mana rakyat Palestine rasa"

Negara2 Arab yg menjadi jiran Palestine juga lambat menghulurkan bantuan, sehingga kan Egypt (Mesir) telah menutup sempadannya dgn Palestine pada awal2 serangan Zionis. Ini telah menyukarkan rakyat Palestine menerima bantuan perubatan dari luar.


Dari Ibn Mas'ud R.A, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku saat kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk)."

Sama2 kita berdoa untuk saudara Palestine kita, boikot barangan US.......

2009-01-02

Sila pakai seat belt!


"Ikhsan NSTP"


"sila pakai seat belt belakang"

Semalam merupakan hari pertama operasi penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang. Untuk tarikh 1 Januari 2009 sahaja, 242 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai seat belt dibelakang.

Dikatakan penggunaan seat belt belakang boleh menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang di hadapan, kerana dgn kelajuan 50 kmsj, penumpang seberat 50 kg boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan hentakan sebanyak 2.4 tan, berat tu.. boleh kemik!

Peraturan berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan, kecuali
  • kenderaan didaftar sebelum 1 Jan 1995
  • kenderaan yg tidak mempunyai anchorage points & didaftarkan sebelum1 Jan 1995
  • kenderaan komersial termasuk teksi & kereta sewa.
  • kenderaan barangan
  • kenderaan lebih dari 8 tempat duduk tak masuk driver seat.
Gua mula2 takde la tau sangat maksud "anchorage points", penat jugak gua carik apa kejadahnya la benda "anchorage points", rupa2nya anchorage points tu kena ada, baru boleh pasang seat belt. So, kalau tak tau jugak, bawak je keta ke bengkel tanya mekanik. senang, setakat tanya je tak kena bayar pun~

Sekiranya sesiapa yg kantoi tak pakai seat belt dgn JPJ atau Polis ke, sedia je la. Hukuman bagi mereka yg tak guna seat belt rasanya denda hingga RM 2,000 (max), penjara setahun atau dua2 sekali. Biasa minimum RM 300 je kot,entah.. tak tau la kalau boleh buat rayuan berapa plak...

Kalau rajin jom klik sini