2008-11-27

too precious enuf said!









kalau nak ambik gambar macam ni lagi sekali mesti susah kan? gambar yang bukan di ukur dari bertapa mahal dan berteknologi tinggi kamera yang digunakan, tapi suasana dan mereka2 yang terlibat di dalam gambar tersebut, di mana nilai gambar tersebut menjadi terlalu berharga!

* terima kasih pada mereka yg muncul di depan lensa (termasuk gua sendiri)!

2008-11-24

Setahun setelah~

Hari ini 24 november 2008, secara rasminya sudah genap setahun setelah gua menamatkan zaman bujang gua.

Macam2 pengalaman yang gua dapat dalam setahun ni, bukan senang nak jadi husband orang, itu baru jadi husband orang kalau dah jadi bapa orang lagi bertambah2 tanggungjawab~

Apa2 hal pun gua kena cakap terima kasih sama isteri gua kerana tahan dengan perangai gua, kata2 kejam gua, dan juga benda2 karut yang gua pernah buat.


ikhsan nice stupid playground "miracle"

2008-11-20

gua dan encik otot

Semalam gua main badminton! terasa janggal sebab sudah lama gua tidak memegang racket badminton. Rasanya sudah hampir 3 atau 4 tahun atau lebih lagi? dulu masa sekolah gua hari2 main badminton selain dari bolasepak and takraw~

Boleh dikatakan gua memang aktif sport masa sekolah dulu, macam2 sport gua ikut.. tapi lepas masuk Uitm dan ditambah pula gua mengalami kecederaan (torn ligament) gua jadi slow sikit dan badan gua pulak semakin membesar disebabkan hanya otot mulut sahaja yg bergerak (sebab makan je)~

Tapi seronok juga dapat lepas gian main badminton, tapi itu lah, baru main 3 set dah macam nak pengsan~ dan sekarang badan gua dah rasa sakit2 dan terasa sengal mungkin di sebabkan muscle2 dan urat2 saraf gua terlalu lama tidak bersukan!

next week nak main badminton lagi la~

2008-11-17

main bugel-bugel~

Sungguh lawak sekali bila gua membaca berita mengenai Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang mahu berbugel (bogel) dihadapan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah sebab memprotes kenaikan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250. Ketua Pengarah JAIS akan mengambil tindakan pada Reformis yang berkeras melakukan aksi bugel.

tak malu ke nak bugel? protes tu takde la masalah..yang korang nak bantai bugel tu apahal? tahap protes di Malaysia dah sampai main bugel-bugel pulak ke~ lepas ni naik harga minyak kita bugel depan opis PM, naik harga gula, naik harga tepung, naik harga beras kita bugel depan kilang atau depan kedai runcit! naik harga roti canai, harga milo ais, kita bugel depan restoran mamak! tak kan macam tu kot~ memang species tak tahu MALU nih~


tapi gua tak pasti sama ada protes berbugel ini dibuat sepenuh bugel atau separuh bugel! dua-dua pun gua anggap tak senonoh~ selagi ada perkataan BUGEL!
Apa-apa hal pun "tahniah" kepada Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang berani me'reformasi'kan protes ala jalanan kepada aksi bugel, Walau niat mereka baik, seharusnya ada cara yang lain untuk buat protes! MATLAMAT tidak seharusnya MENGHALALKAN cara~jangan buat perangai Shin Chan!

2008-11-14

internet addiction

i read interesting topic in the internet today, it's about Internet addiction disorder. First thing i do is find out what is internet addiction? thanks to Wikipedia hehehe. However experts still arguing about the terms to be used on internet addiction disorder or whatever~. The terms that accepted for excessive internet use is Problematic computer use or pathological computer use, not addiction.

i also found this website that can measure our addictiveness to the internet, and i scored 57 points which conclude that i' am "experiencing occasional or frequent problems because of the Internet and i should consider their full impact on my life". WTF??~


should i reduce surfing the internet? i just planning to have broadband! sigh~ but im sure that 57 points is not making me an internet addict! so the broadband is on! hahahahaha

use the net.. dont make the net use you~ or you will be stuck forever! (sungguh sengal~)

2008-11-11

melayu tak akan hilang di dunia

Amerika mencatat sejarahnya yg tersendiri setelah lebih 232 tahun bebas dari jajahan. Dunia gembira bila Barack Obama ( berkulit hitam) telah dinobatkan sebagai "Big Boss rumah putih". Angin perubahan ni secara tidak langsungnya sampai ke Malaysia.

Gua terbaca satu BLOG yg ditulis sendiri oleh Lim kit Siang presiden DAP, berkenaan kemenangan Barack Obama sbg Presiden berkulit hitam pertama di U.S. Persoalan yg Si Lim cuba timbulkan ialah mengenai bolehkah Chinese, Indian atau bangsa lain selain Melayu menjadi PM?

Sebelum ini terdapat suara2 sumbang mempersoalkan ketuanan melayu hingga menyebabkan geng2 sultan dan Agong mengeluarkan statement meminta "kontrak social" yg telah lama dipraktikan tidak dipersoalkan!

yang gua tak paham ialah kenapa la si Lim sibuk sangat pasal nak jadi PM? sebab nak ikut Amerika ke? atau sebab rasa Malaysia akan jadi lagi gempak kalau PMnya bukan Melayu? atau dia rasa sudah sampai masa Malaysia di tadbir oleh bukan Melayu?

Adakah kerana UMNO sudah kehilangan taring selepas pilihanraya March lalu? menyebabkan suara ketuanan Melayu sudah menjadi samar dan semakin perlahan? atau masalah dalaman UMNO akan menghancurkan isinya secara sedikit demi sedikit? atau si kepala di dalam UMNO masih tidur dibuai mimpi indah? kadang2 gua rasa orang Melayu bukan menyampah dengan UMNO tapi menyampah dgn si kepala yg menjadi nakhodanya~

atau kita mengharapkan si anwar dapat melindungi hak bangsa melayu? sedangkan si anwar juga memerlukan bantuan gengnya dari DAP hingga terdapat khabar angin si Lim akan menjadi Timbalan sekiranya anwar menjadi PM? adakah itu punca beliau senyap sunyi?
si Lim sibuk mengenai ketuanan Melayu sedangkan di Singapura "ketuanan Cina" yg masih berkuasa dan tidak bersedia mempunyai PM dari bangsa lain? apa kes..
Si Lim membandingkan Malaysia dgn Amerika..kenapa tidak membandingkan Malaysia dan Singapore? Malaysia umur baru 51, Amerika dah 232 tahun. Si Lim ni dah dibagi betis nak peha..bagi penyepak baru tahu~ apa kurang lagi tinggal di Malaysia? semua boleh dapat...tengok kat jalan siapa naik kancil siapa naik BMW? Melayu naik kancil cina naik BMW~

Gua bukan UMNO, bukan KEADILAN bukan PAS.. dan gua juga bukan racist hahaha~ gua cuma MELAYU yg cintakan KEAMANAN~

2008-11-10

gua semakin berumur~

im officially 26 yesterday~ my wife arranged a small, simple nice party where it was only attended by my family as a guest. My wife prepared some spaghetti, pudding and a birthday cake that we bought somewhere at One Utama.

a few pictures of the foodies..





im 26, im married and im happy with my life~ Alhamdulillah!

2008-11-07

entah betul ke tak?

Hari ini gua membuka email2 lama, dan gua tertarik dgn satu email dari one of my cousin dari Johor...Email tersebut mengenai mengapa wedding ring disarung ke jari manis?...

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban.
  • Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)
  • Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
  • Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
  • Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
  • Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
  • sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
  • selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkawinan anda, anda akan berasa hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus bersama satu sama lain.
Real love will stick together ever and forever.... masalahnya gua tak suka pakai cincin sebab nanti jari gua jadi gatal2~ huhuhu....

2008-11-06

Lelaki, suami dan dot dot dot~

I dont know whether this is fact or myth, but i found it really interesting...

Mengenali Sifat Lelaki

1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia
berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai
melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks,
tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada
ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki
memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang.....".

10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan
dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan
gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

13. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

rasa macam ada je yang betul kan? hahahaha~

2008-11-05

main masak-masak!

Semalam gua main masak-masak di dapur. Sebabnya gua dah janji pada wife gua utk menyiapkan hidangan makan malam. Biasalah nak memasak mesti kena ada plan nak masak apa..so, setelah sehari suntuk memeras otak, gua membuat keputusan utk masak ikan masak tiga rasa.

So, lepas habis kerja gua terus shopping bahan-bahan utk tujuan tersebut. Akhirnya gua berjaya membeli 2 ekor bawal hitam (sebab tak jumpa siakap) utk menjadi mangsa gua malam tersebut.





Ikan bawal yang ditengelami oleh bahan2 lain~

Gua merasa satisfied dgn result masakan gua, sebab wife gua kata sedap.. tak tau la kalau org lain yg rasa kan? hahahaha...

Tapi masak memang memenatkan... rasa nak pengsan tapi terharu masakan menjadi~



2008-11-03

antoo fighters



Gua menanti movie ini ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Nampak sangat menarik perhatian...tengok trailers antoo fighters kat laman web dorang pun best!

Category : Feature Film
Language : Malay
Genre : Horror, Comedy
Classification : U - General viewing for all ages
Release Date : 27 November 2008